Pabila Larut Malam Imbau Nostalgia P. Ramlee, Saloma

Diterbitkan: Isnin, 15 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Melissa bakal tampil dengan telefilem kedua arahannya Pabila Larut Malam pada 21 Mac ini. - Foto oleh KEVIN TAN
Melissa bakal tampil dengan telefilem kedua arahannya Pabila Larut Malam pada 21 Mac ini. - Foto oleh KEVIN TAN

DARAH seni yang mengalir dalam diri Melissa Saila atau nama sebenar Melissa Mohd Alias, 38, membuatkan aktres yang mula berjinak-jinak sebagai penerbit dan pengarah baru ini memilih untuk menghasilkan telefilem komedi berjudul, Pabila Larut Malam sebagai taruhan terbarunya.

Menurut Melissa yang lebih mesra dengan sapaan Lis, idea penghasilan telefilem itu tersimpan sejak sekian lama.

Legasi biduanita Saloma dan Mariani yang diwarisinya menjadi titik tolak buat Lis untuk memartabatkan karya hebat era kegemilangan Studio Jalan Ampas seperti lagu Pabila Larut Malam mengikut terjemahannya sendiri.

Bercerita tentang telefilem itu, Lis berkata, naskhah itu adalah satu penghargaan buat dua legenda seni tanah air, Allahyarham Tan Sri Dr P. Ramlee dan Puan Sri Saloma.

"Sebagai penyambung legasi, penting buat anak seni seperti saya untuk terus menghasilkan karya seni yang menyerapkan elemen era filem Melayu lama dalam naskhah kontemporari," kata Melissa.

Ujar Lis lagi, telefilem ini begitu istimewa kerana bukan sahaja memartabatkan lagu popular P. Ramlee, lebih menarik, telefilem itu melibatkan ahli keluarganya sendiri.

"Telefilem ini begitu istimewa. Bukan sahaja ia sebuah dedikasi buat P. Ramlee dan Saloma, malah ia melibatkan ahli keluarga saya.

"Skripnya ditulis oleh suami Megat Fauzi Shukarnain dan diarahkan oleh saya sendiri. Malah, anak saya juga turut berlakon dalam drama ini.

"Ceritanya akan dipersembahkan dengan penceritaan gaya filem-filem P. Ramlee berlatarkan era 50-an.

"Malah, ia turut diserikan dengan lagu-lagu popular P. Ramlee seperti Tiada Kata Secantik Bahasa dan Pabila Larut Malam sendiri," kongsi anak kepada dramatis Mariani ini.

Berkongsi serba ringkas tentang transformasi aktres yang pernah membintangi beberapa filem termasuklah Ranjau Sepanjang Jalan (1983), Perempuan (1988) dan Layar Lara (1994) ini kepada bidang penerbitan dan pengarahan, Lis mengakui, walaupun masih hijau, dia begitu teruja untuk mendalami bidang ini lebih mendalam.

"Saya masih baru dalam bidang pengarahan dan penerbitan ini. Banyak lagi perkara yang harus saya pelajari.

"Mungkin dengan pengalaman selama 30 tahun dalam bidang seni ini sedikit sebanyak membantu saya dalam kerja-kerja belakang tabir ini," akui pemilik produksi Kus Semangat Aktor Sdn Bhd ini.

Telefilem yang dibintangi oleh Rusdi Ramli, Sazzy Falak dan Khir Rahman ini bakal menemui penonton di saluran Astro Prima pada 21 Mac ini jam 10 malam.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan