Kamal Sanggup Jadi Bagak Demi Filem

Diterbitkan: Isnin, 15 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kamal Adli sanggup menaikkan berat badan demi tawaran filem. - Foto oleh MOHD SAHAR MISNI
Kamal Adli sanggup menaikkan berat badan demi tawaran filem. - Foto oleh MOHD SAHAR MISNI

BAGI segelintir artis, kenaikan berat badan secara mendadak adalah satu perkara yang menakutkan. Namun, bagi aktor muda Kamal Adli kenaikan berat badan yang dialaminya kebelakangan ini bukanlah sesuatu yang merungsingkan.

Menurut Kamal, kenaikan berat badan sebanyak 5kg berbanding berat badan idealnya, 73kg adalah perkara yang memang dirancang. Berat badannya kini yang mencecah 78kg itu adalah sebagai persiapan untuk projek filem terbarunya.

"Saya sengaja menaikkan berat badan sebanyak 5kg daripada berat ideal, 73kg untuk persiapan filem terbaru saya," kata Kamal.

Demi komitmen terhadap tawaran filem itu, aktor filem Niyang Rapik ini terpaksa makan sebanyak mungkin bagi menambah berat badannya.

Jelasnya lagi, dia bukan suka-suka menaikkan berat badannya untuk kelihatan lebih berisi tetapi dia berbuat demikian demi tawaran filem itu.

Memandangkan filem itu bergenre aksi pertarungan, watak yang ditawarkan kepadanya menuntut Kamal untuk kelihatan lebih sasa dan bagak.

Justeru, sebelum proses membentuk badan bermula, dia harus menaikkan berat badannya terlebih dahulu.

"Saya dapat tawaran sebagai watak utama untuk sebuah filem aksi pertarungan di bawah arahan Ahmad Idham selepas ini. Watak dan genre filem itu memerlukan saya untuk tampil sasa.

"Untuk tampil sasa, saya perlu membentuk badan. Jadi pengorbanan yang perlu saya lakukan untuk mencapai matlamat itu adalah dengan menaikkan berat badan terlebih dahulu.

"Menurut pelatih, saya perlu naikkan beberapa kilogram jika ingin membentuk badan. Setakat ini, saya belum memulakan sesi membentuk badan di gimnasium, mungkin dalam masa terdekat," ujarnya yang belum pasti akan judul filem itu.

Kamal turut mengakui, dia memang menyukai filem atau drama bergenre aksi. Baginya, peluang berlakon dalam filem aksi membolehkannya untuk melakonkan aksi lagak ngeri sendiri.

Tambah Kamal, memang sejak awal lagi, acap kali dia menerima tawaran berlakon dalam drama aksi, dia pasti melakonkan aksi lagak ngerinya sendiri.

"Saya suka lakukan aksi lagak ngeri sendiri. Tiap kali saya berlakon dalam babak aksi atau pertarungan, saya lebih selesa melakukan babak tersebut sendiri," katanya yang memiliki seni mempertahankan diri, taekwando.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan