‘Fenomena Seni’ Lebih Hangat Dengan Wajah Baru 3 April Ini

Diterbitkan: Isnin, 15 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penerbit Nur Ashidah (dua dari kanan), bersama krew produksi Fenomena Seni iaitu Nor Azlily Aziz (kiri), Haliza Mat Kharsa dan Muhaji).
Penerbit Nur Ashidah (dua dari kanan), bersama krew produksi Fenomena Seni iaitu Nor Azlily Aziz (kiri), Haliza Mat Kharsa dan Muhaji).

PELBAGAI topik hangat dan menarik berkaitan industri seni tanah air didiskusikan dalam program popular di TV1 iaitu Fenomena Seni yang dikelolakan oleh Rosyam Nor.

Mulai 20 Mac ini, genaplah enam musim program berkonsepkan bicarawara itu dikeudarakan dan ia masih diteruskan ke musim ketujuh. Sempena Hari RTM yang jatuh pada 1 April depan, seluruh produksi Fenomena Seni telah sepakat untuk menukar ‘wajah’ program itu kepada yang baru.

“Pada 3 April ini, kita akan menukar latar set program Fenomena Seni kepada yang baru tetapi lokasinya masih kekal di Studio 2, Wisma TV, Angkasapuri.

“Rosyam Nor juga masih dikekalkan sebagai hos program itu. Begitu juga dengan konsep lama iaitu membincangkan tentang ragam artis dan isu semasa dalam industri muzik, perfileman dan drama.

“Cuma kami belum bersedia untuk menerima kehadiran penonton kerana masalah ruang yang kecil. Namun, kadangkala ada juga badan-badan tertentu yang request untuk datang,” kata Penerbit Fenomena Seni, Nur Ashidah Abd Hamid.

Menyentuh tentang sambutan daripada penonton, Nur Ashidah atau dikenali sebagai Dot itu berkata mereka tidak putus-putus menerima panggilan telefon daripada para penonton yang menyaksikan program tersebut.

“Alhamdulillah, setiap minggu kami menerima ramai pemanggil dan respons yang diberikan sangat baik. Kadangkala, ada juga selebriti yang menghubungi kami untuk menjadi tetamu dan tidak kurang juga memberikan idea tentang topik untuk minggu seterusnya.

“Kami juga menerima maklumbalas daripada penonton menerusi Facebook yang akan dikemaskini seminggu lebih awal untuk mendapatkan idea tajuk untuk minggu hadapan,” jelasnya yang turut meuar-uarkan penonton boleh menyertai mereka dengan menaip Fenomena Seni di Facebook.

Berbual panjang tentang pemanggil, Dot akui agak mencabar juga apabila mereka berhadapan dengan pemanggil yang agresif dan ‘cakap lepas’.

“Apabila isu panas, kita akan mendapat pemanggil yang berbagai-bagai ragam. Kami sentiasa mengalu-alukan pendapat umum tetapi kami terus menyekat panggilan itu jika terlalu melampau.

“Kadangkala, ada juga yang tidak berhenti memberikan pandangan. Mungkin kerana terlalu teruja,” ujarnya yang bergelar penerbit program itu sejak tahun lalu.

Dia mempunyai pengalaman dalam industri hiburan kira-kira lima tahun lalu. Selain Fenomena Seni, Dot juga terlibat dalam penerbitan program Sehati Sejiwa, Zoom In dan tidak lama lagi program raya.

Minggu hadapan, penonton boleh menyaksikan program Fenomena Seni yang membicarakan tentang topik ‘Penyiaran Lagu Tempatan Di Radio’ dengan membariskan penyanyi Hattan, Datuk A. Rahman Hassan dan Presiden Karyawan, Freddie Fernandez selaku panel.

Fenomena Seni yang dihoskan oleh Rosyam Nor disiarkan secara langsung pada setiap Sabtu, pukul 2 petang di TV1.

Program bual bicara ini banyak mengupas mengenai hal ehwal semasa dan isu-isu terkini mengenai perkembangan seni hiburan di Malaysia.

Rancangan ini dihoskan oleh Rosyam Nor dan dibarisi ahli panel yang terdiri daripada kalangan anak seni, para akademik dan juga wartawan.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan