Anang, Syahrini Semakin Mesra

Diterbitkan: Isnin, 15 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HUBUNGAN Anang dengan penyanyi Syahrini masih kabur. Kedua-dua mereka mengaku tidak pacaran, tapi keduanya mesra di atas pentas. Bahkan kedua-duanya merancang ke Bali berdua.

Kemesraan keduanya yang diwar-warkan secara berlebihan amat membingungkan. Ramai yang membuat spekulasi kemesraan kedua mereka sekadar ingin melariskan album baru mereka di pasaran.

Sebelum ini pun, Anang memaparkan kemesraan yang sama dengan seorang penyanyi baru bernama Windy. Windy dan Rini (gelaran Syahrini) dianggap hanya dua perempuan yang ingin popular kerana perceraian Anang dengan Krisdayanti.

Media semakin memainkan cerita keintiman Anang-Syahrini setelah Anang tak malu-malu mencium Rini mulai dari kepala, hingga hingga bahu.

Kini kedua mereka akan ke Bali pula.

“Minggu depan kita ke Bali, berdua. Tapi untuk penggambaran video klip,” kata Anang tentang video klip lagu Cinta Terakhir.

Tapi Syahrini cepat memintas.

“Kita bukan pergi berdua. Kami ramai-ramai kerana ingin shooting produk,” kata penyanyi baru itu.

Keduanya berduet mesra sambil disorak para penonton. Penonton pun meminta Anang mencium Rini seperti yang selama ini dilakukannya di atas pentas.

Menurut Anang, Syahrini juga dekat dengan Aurel dan Azriel.

“Setiap rekaman, pasti ketemu dan mereka (Aurel danm Azriel) menilai (Rini) baik. Anak-anak belum ada keinginan ke arah sana (calon isteri) tapi Rini memang dekat dengan anak-anak,” jelas Anang.

Penampilan Anang pun kini sudah berubah. Syahrini pun mengakui perubahan penampilan Anang kini.

“Dandanan Anang sekarang lebih muda, lebih ceria, sudah kayak anak band,” puji Syahrini.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan