Saya Tidak Mahu Sambut Ulang Tahun Kelahiran: Aamir

Diterbitkan: Ahad, 14 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aamir Khan masih bersedih dengan kematian bapanya pada bulan lepas.
Aamir Khan masih bersedih dengan kematian bapanya pada bulan lepas.

PELAKON terkenal Aamir Khan tidak mahu menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-45 hari ini.

"Saya tidak akan menyambut ulang tahun kelahiran saya tahun ini," ujarnya.

Satu laporan akhbar melaporkan aktor itu kini sedang sibuk kerana bakal membintangi filem terbaru pengarah terkenal Hollywood, James Cameron.

"Ya, saya telah ke Delhi untuk berbincang dengan Cameron," kata Aamir.

Aamir bagaimanapun tidak memberitahu kenapa dia tidak mahu menyambut ulang tahun kelahirannya. Tetapi terdapat sumber mengatakan, dia sebenarnya tidak percaya sebarang parti untuk sambutan ulang tahun kelahirannya.

Tambahan pula dia masih sedih dengan kematian bapanya yang juga pengarah terkenal, Tahir Hussien pada bulan lepas.

Antara filem-filem yang telah dibintangi Aamir Khan sepanjang dua dekad bergelar anak seni adalah "Dil", "Dil Hai Ki Manta Nahin", "Jo Jeeta WohiSikandar", "Rangeela", "Raja Hindustani", "Ishq", "Ghulam", "Sarfarosh", "Dil Chahta Hai" dan "Rang De Basanti".

Pada tahun 2001, filem lakonannya Lagaan telah menominasi anugerah di anugerah oskar untuk beberapa kategori.

Manakala filem terbaru lakonannya pula adalah "3 Idiots" dan "Ghajini" telah memungut kutipan pecah panggung.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan