Kumpulan Kecik 'Bernazar' Sekiranya Jadi Juara RL4

Diterbitkan: Ahad, 14 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kumpulan Kecik bernazar sekiranya bergelar juara Raja Lawak 4.
Kumpulan Kecik bernazar sekiranya bergelar juara Raja Lawak 4.

SELEPAS diumumkan sebagai juara Raja Lawak 4 (RL4), Kumpulan Kecik yang dianggotai oleh Mohd Ilham Rusdy atau Achoe, 19 dan Safuan Madeaming atau Wan, 20, yang berasal dari Sabah kelihatan tergamam dan tidaK percaya gelaran tersebut menjadi milik mereka.

Biarpun bukan menjadi pilihan para juri sepanjang 10 minggu tempoh pertandingan, tuah ternyata menyebelahi dua anak muda ini sehingga dinobatkan Juara RL4.

Mereka seolah tidak percaya dengan kemenangan tersebut dan menganggapnya sebagai rezeki yang tertulis untuk mereka.

"Kami masih terkejut dan tidak percaya gelaran juara adalah milik kami berdua. Namun, gelaran ini bukan untuk kami bermegah diri.

"Sebaliknya, ia adalah cabaran untuk kami bekerja lebih keras dan memperbaiki banyak perkara terutamanya daripada segi lakonan, cara berhadapan dengan kamera dan paling penting menjadi seorang pelawak yang hebat.

"Kami juga ingin berterima kasih kepada pengundi-pengundi yang telah memilih kami berdua," ujar Wan yang sebak dengan kejayaan itu.

Dengan nada yang agak tersekat-sekat, mereka turut berkata, mereka pernah menyimpan nazar sejak dari peringkat lagi.

"Sebenarnya kami berdua pernah bernazar. Namun, buat masa ini, kami tidak boleh beritahu kepada umum apa nazar kami itu. Yang pasti, kami bernazar perkara yang baik-baik," kata Achoe.

Bagaimanapun, Wan dan Achoe masih belum membuat keputusan untuk menyempurnakan nazar mereka dalam masa yang terdekat kerana mengakui banyak perkara yang mesti dipenuhi atas permintaan pihak Astro.

"Kami pasti akan lunaskan nazar tersebut, cuma belum tahu bila lagi. Tunggu dan lihat sahaja," kata mereka yang enggan mengulas lanjut mengenai nazar itu.

Ketika ditanya mengenai pembahagian hadiah kereta Naza Sorento yang dimenangi mereka, Wan memberitahu, dia kini tidak terfikir langsung mengenai hadiah tersebut.

"Kami berdua masih belum mempunyai lesen memandu, buat masa sekarang saya dan Achoe tidak fikir apa-apa lagi.

"Duit itu mungkin kami boleh bahagi sama rata, begitu juga dengan hadiah-hadiah lain. Kami berdua tidak akan berebut untuk hadiah tersebut," jelas Wan.

Sementara itu, Wan dan Achoe turut memberitahu nama kumpulan Kecik sebenarnya telah diberikan oleh Ali, anggota kumpulan Wili.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan