Jessica Simpson Tidak Dapat Lupakan Mayer

Diterbitkan: Sabtu, 13 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI dan aktres Jessica Simpson, masih tidak melupakan bekas suaminya John Mayer walaupun mereka sudah lama berpisah.

Simpson mengalami terlalu banyak kekecewaan dalam percintaan tapi masih menaruh harapan untuk mencari 'lelaki yang baik'.

"Saya harap saya tidak mati seorang. Itu yang paling saya takuti.

"Minta-minta saya akan dapat lelaki yang memahami jiwa saya. Saya hanya perlu mencari lelaki yang betul," jelas Simpson kepada laman people.com.

Simpson berkahwin dengan Nick Lachey pada 2002, tetapi bercerai pada 2006.

Selepas peristiwa itu, Simpson berpacaran dengan pemuzik John Mayer tetapi berpisah sembilan bulan kemudian.

Pada 2007, Simpson mula keluar dengan bintang Dallas, Tony Romo namun perhubungan itu musnah pada 2009.

Bagi selebriti berusia 29 tahun itu, berpacaran di mata umum adalah satu cabaran.

"Ia akan mempengaruhi banyak perkara. Saya tidka dapat buat banyak perkara seperti makan malam. Bila orang luar melihat saya makan malam dengan seorang lelaki, mereka fikir saya akan berkahwin," kata Simpson.

2) AKTRES Kristen Stewart begitu lega dia tidak terjatuh ketika di majlis Oskar baru-baru ini.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan