Jessica Simpson Masih Mencari Cinta Sebenar

Diterbitkan: Sabtu, 13 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI dan pelakon, Jessica Simpson baru-baru ini, mengakui dia masih mencari cinta sebenar walaupun pernah melalui beberapa episod kekecewaan dalam percintaannya sebelum ini.

"Saya tidak mahu mati keseorangan. Saya harap dapat bertemu dengan seorang lelaki yang sangat memahami saya seadanya.

"Saya hanya perlu mencari lelaki terbaik untuk saya," demikian menurut kenyataannya di laman web people.com.

Simpson pernah berkahwin dengan Nick Lachey pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2006. Selepas Lachey, Simpson juga keluar dengan pemuzik John Mayer, namun berpisah sembilan bulan kemudian.

Hubungannya bersama pemain quarterback Dallas Cowboy Tony Romo juga kecundang pada 2009.

Dalam kenyataannya, wanita berusia 29 tahun itu turut mengakui keluar bersama seorang lelaki di kawasan umum adalah sesuatu yang sukar.

"Ia memberi kesan terhadap sesuatu keputusan. Jujurnya, saya teringin untuk keluar makan malam dengan lelaki yang saya kenali.

"Namun, perkara itu mustahil bagi saya. Jika ada yang melihat saya keluar dengan seorang lelaki, sudah tentu mereka akan mengatakan saya akan berkahwin lagi," katanya lagi.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan