Transformasi Umie Aida Untuk Hari Perkahwinannya

Diterbitkan: Jumaat, 12 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MEMANDANGKAN masa yang suntuk untuk kelihatan lebih menawan di hari perkahwinannya, aktres Malaysia Umie Aida termeminta bantuan Marie France Bodyline untuk 'menghilangkan' beberapa inci di tubuhnya.

Majlis resepsi itu akan diadakan pada 28 Mac ini.

Marie France Bodyline telah mereka pelan rawatan yang khusus untuk Umie.

Umie tersenyum apabila bercakap mengenai persiapan menjelang hari pernikahan dan resepsinya.

“Umie sungguh beruntung kerana mendapat bantuan daripada Marie France Bodyline untuk mengurangkan inci yang berlebihan!”

Pelan rawatan Marie France Bodyline adalah 100% semula jadi. Program yang dicipta untuk Umie adalah gabungan beberapa rawatan dan salah satu daripada pelan rawatan Umie termasuk rawatan terbaru yang inovatif daripada Marie France Bodyline - LipoSonic Therapy (LST).

Rawatan tanpa sakit yang unik ini disasarkan kepada bahagian-bahagian badan yang susah untuk dirawat seperti perut, bahagian depan dan belakang peha, pinggang, dan punggung.

Teknologi ini menggunakan teknik gelombang ultra yang mempunyai frekuensi yang rendah untuk memecahkan lemak-lemak di bahagian tersebut sambil mengetatkan kulit di kawasan yang dirawat.

Umie kini sedang melalui fasa akhir pelan rawatannya bersama Marie France Bodyline.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan