Majlis Memperingati P.Ramlee 22 Mac Di PWTC

Diterbitkan: Jumaat, 12 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SATU atur cara memperingati kelahiran seniman agung Tan Sri P. Ramlee ke 81 tahun akan berlangsung pada Isnin, 22 Mac pukul 2 petang di ruang legar, lobi PWTC, Kuala Lumpur.

Acara itu akan dimulakan dengan bacaan doa dan Fatehah untuk P. Ramlee, diikuti dengan ucapan alu-aluan Datuk Dr. Aziz Sattar selaku pengerusi MZA Terbit Enterprise.

Tetamu istimewa Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan, dijangka akan menyempurnakan majlis petang itu.

Segmen nyanyian lagu-lagu P. Ramlee turut dimuatkan sebagai acara menarik petang itu.

Buku "Filem-Filem P. Ramlee" juga akan disampaikan ke kedutaan Brunei Darussalam, Singapura, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Indonesia.

Aziz Sattar akan berkongsi cerita menarik dan humour mengenai legenda yang paling terkenal di rantau ini.

Pelancaran Penyelenggaraan Buku "Filem-Filem Maria Menado" akan disempurnakan petang itu.

Bicara Filem 'Pengkisahan P. Ramlee Dan Maria Menado' akan dibuat oleh Datuk Johan Jaffar.

Teman-teman senagkatan P.Ramlee seperti Dato' L. Krishnan, Dato' Mustapha Maarof, Dato' Sarimah, Dato' Sonny Abdullah, Seniman Kuswadinata, Seniman Ismail Mahmud, Seniwati Mariani dan Seniwati Dayang Sulu akan bersama-sama menceritakan versi mereka dalam segmen 'Aku, Dia Dan P. Ramlee'.

Acara petang itu tidak mungkin lengkap tanpa persembahan lagu yang banyak menggamit nostalgia iaitu "Di Manakan Ku Cari Ganti."

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan