Lily Allen Bakal Bintangi Dokumentari Bersiri

Diterbitkan: Jumaat, 12 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lily Allen bakal membintangi dokumentari bersiri.
Lily Allen bakal membintangi dokumentari bersiri.

MENURUT satu laporan, Allen telah menjemput jurugambar untuk membuat rakaman rancangan televisyen mengenai fesyen-fesyen terbaru di kedainya.

Penyanyi terkenal itu memberitahu, dia telah bersetuju untuk mengendalikan rancangan di sebuah televisyen yang turut memuatkan majlis pelancaran kedainya yang memberi khidmat sewa pakaian di London.

Dukumentari tersebut juga akan menggunakan label milik Allen sendiri.

Menurut sumber, Lily yang bersetuju dengan rancangan televisyen tersebut kerana mengambil kira untuk mempromosi perniagaannya supaya dikenali ramai.

Sebelum ini juga, Allen pernah mengendalikan rancangan televisyen yang dihoskan olehnya sendiri dikenali Lily Allen And Friends pada tahun 2008.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan