Hubungan Sulit, Gangguan Seksual Jack Neo Terbongkar

Diterbitkan: Jumaat, 12 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Pembikin filem Jack Neo didakwa telah mencederakan seorang pelajar Perancis semasa dia berusia 16 tahun lebih lima tahun lalu.

Maelle Meurzec, 21, berkata kepada The New Paper (TNP) dalam satu temubual di rumahnya pada malam Selasa lalu bahawa pengarah filem berusia 50 tahun itu memukulnya semasa dia berlakon dalam filem I Do I Do pada November 2004.

Pada mulanya gadis cantik warga Singapura itu menganggap perbuatan Neo meletakkan tangannya di bahunya tidak mempunyai sebarang niat buruk.

Namun, Neo bertindak lebih agresif terhadapnya selepas penggambaran filem itu selesai, termasuklah menghantar 30 Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan cuba membawanya keluar makan malam di hotel.

Walaupun gadis kacukan Perancis itu tidak menyatakan dengan terperinci butiran insiden itu dalam temuramahnya, namun Meurzec menggelar Neo sebagai ‘individu yang tidak jujur’, ‘orang bodoh’ dan ‘bermoral rendah’.

Menurut Meurzec lagi, insiden hitam itu berlaku pada hari Krismas 2004 apabila Neo mengirimkan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) menyatakan harapannya untuk hidup bersama dengan gadis itu. Meurzec yang terkejut dengan SMS itu terus memaklumkannya kepada ibunya Agnes Meurzec, 51.

Keluarganya memutuskan untuk membuat laporan polis sekiranya Neo terus melakukan gangguan seksual terhadap gadis itu. Sejak itu Neo tidak lagi mengganggu Meurzec.

Sejak kes hubungan sulit Neo bersama model sambilan Wendy Chong, 22, terbongkar minggu lalu, sekurang-kurangnya 10 lagi wanita dilaporkan pernah mengadakan hubungan sulit dengan pengarah filem itu.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan