41 Tahun Dalam Industri, Fredo Masih Bertahan

Diterbitkan: Jumaat, 12 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Fredo melancarkan EPnya berjudul Millenium 2010 Fredo semalam di Petaling Jaya. - Foto oleh AZLINA ABDULLAH
Fredo melancarkan EPnya berjudul Millenium 2010 Fredo semalam di Petaling Jaya. - Foto oleh AZLINA ABDULLAH

MENGENALI penyanyi era 80-an, vokalis dan pemain bass Flybaits, Fredo atau nama sebenarnya Villenguez Alfredo Valentino, pada usianya 60 tahun bukanlah seperti sesetengah 'diva' lain.

Malah penyanyi yang sudah 13 tahun memeluk Islam dan menggunakan nama Mohd Amani Abdullah lebih gemar merendah diri dan tidak seperti resmi ayam yang bertelur sebiji riuh sekampung.

Walaupun sudah lama menyepi, ada pihak yang menawarkan untuk menerbitkan EP terbarunya, 'Millenium 2010 Fredo' tanpa diminta.

Album yang memuatkan dua buah lagu bertajuk Kasih Berubah versi baru hasil duet dengan Doul dan sebuah lagi lagu Ratu Hatiku nyanyian asal band Atomic Power itu ditaja sepenuhnya oleh Datuk Affandy sejak enam bulan lalu.

"Pada tahun lalu, semasa bekerja di sebuah kelab, seorang peminat datang menawarkan untuk membuat album saya. Pada mulanya saya ingatkan hanya hangat-hangat tahi ayam, tetapi rupanya serius.

"Saya bukanlah jenis yang terhegeh-hegeh dan meminta-minta untuk orang lain membuat album. Tetapi saya tidak akan menolak jika ada yang merasakan saya cukup bagus," katanya yang sudah menyanyi di Tropicana Golf & Country Club sejak dua bulan lalu.

Sejujurnya, penyanyi yang telah berkecimpung sejak 41 tahun lalu itu masih bertahan dalam industri ini untuk meyakinkan kepada peminat bahawa penyanyi senior sepertinya boleh bertahan lama.

"Orang kata, penyanyi tak boleh cari makan, tetapi saya masih berada di sini. Untuk bertahan, banyak perkara yang kita perlu korbankan seperti aktiviti sosial melainkan menghabiskan masa dengan aktiviti memancing," ujarnya semasa majlis pelancaran album EPnya dan laman web www.erama.tv.

Namun dia masih meluangkan masa dengan peminat di laman web Facebook. Tetapi hubungan mereka sekadar berakhir di alam maya.

Semasa majlis tersebut, Fredo mendendangkan dua buah lagu dalam EP itu. Ternyata vokalnya masih merdu seperti dulu. Ditanya mengenai petuanya menjaga suara, Fredo berkata dia tidak merokok dan hanya mengamalkan amalan meminum air suam saja.

Penyanyi Baru Kurang Berkualiti

Sebagai artis senior, Fredo berpendapat penyanyi baru zaman sekarang kurang berkualiti jika dibandingkan dengan penyanyi zaman dahulu.

"Bagi saya penyanyi baru sekarang kurang menghasilkan produk yang berkualiti. Jadi, saya nasihatkan supaya mereka lebih rajin dan merendah diri.

"Tetapi saya memuji penyanyi-penyanyi yang bagus tetapi kurang mendapat perhatian seperti Dayang Nurfaizah, Misha Omar dan Faradhiya," beritahu penyanyi kelahiran Singapura berdarah Filipina itu.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan