Beli Hummer, Dhani Nafi Untuk Berfoya-foya

Diterbitkan: Khamis, 11 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AHMAD Dhani dikhabarkan telah membeli kereta buatan Amerika Syarikat, Hummer H3. Namun dia tidak menyebutkan harga sebenar kereta tersebut. Ada juga cakap-cakap mengatakan bahawa Dhani ingin berfoya-foya dengan mengunakan kereta mewah tersebut.

Penyanyi kumpulan Dewa itu menafikan dakwaan tersebut. "Ada yang kata saya ingin berfoya-foya, tapi sebenarnya tidak," ujarnya.

Dhani berpendapat, membeli kenderaan jenis Hummer atau kereta mewah yang lainnya, bukanlah satu pemborosan. Sebelum membeli, Dhani sudah menabung untuk untuk masa depannya.

"Kereta itu adalah untuk anak-anak biar anak-anak saya senang. Lagian kita ada rezeki, jadi apa salahnya," tambahnya.

Dhani mengaku Hummer H3 warna hitam tersebut tidak akan digunakannya untuk aktiviti sehari-hari. Dia lebih suka menumpang Toyota Alphard milik syarikatnya.

"Saya tetap pakai Alphard 2003 itu walaupun sudah 6 tahun," jelasnya.

Mobil Alphard milik Dhani tersebut sudah diubahsuai sedemikian rupa. Berbagai barangan elektronik, seperti sound sistem dan television LCD, ada di dalam MPV buatan Jepun itu.

"Itu adalah studio berjalan saya. MPV dengan sound sistem terbaik.Di situ juga proses terakhir karya-karya saya, jadi setelah mixing saya dengarkan di situ sahaja," tuturnya.

Selain Hummer H3 dan Toyota Alphard, Dhani juga memiliki kereta sedan mewah Chrysler 300, VW Caravelle dan limosin Volvo.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan