'Konsert Radio Rosak' Tidak Batal Tapi Ditunda - Edrie Hashim

Diterbitkan: Rabu, 10 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOMPOSER lagu terkenal, Edrie Hashim bukan sengaja mendiamkan diri atau mengelak daripada berbicara tentang Konsert Radio Rosak yang diusahakannya.

Sebaliknya, penangguhan konsert itu membuatkan Edrie serba salah untuk menguarkan-uarkan status terkini konsert yang mencungkil kumpulan indie amatur itu.

Peluang bertemu dengan komposer lagu Iris (nyanyian Awie) baru-baru ini memberi peluang kepada mStar Online mendapatkan penjelasan lebih lanjut daripada empunya badan.

Menurut Edrie, konsert tahun ini tidak dibatalkan, sebaliknya ia terpaksa ditunda disebabkan oleh beberapa faktor. Konsert untuk edisi kedua ini bukan lagi dianjurkan dalam skala kecil seperti tahun lalu.

Lebih menarik, untuk tahun ini, Konsert Radio Rosak bakal dianjurkan dalam skala yang lebih besar dan mendapat kerjasama daripada sebuah badan berkanun, yang enggan dinamakan oleh Edrie.

"Saya bukan melarikan diri atau cuba untuk mengelak daripada menjawab tentang perkembangan terbaru Konsert Radio Rosak.

"Desas-desus mula timbul di luar sana yang mengatakan konsert ini batal dan sebagainya. Sebenarnya konsert itu tetap akan berlangsung seperti yang dirancang cuma ditangguhkan sahaja.

"Ia ditunda ke satu tarikh baru yang belum dapat ditetapkan lagi. Perkara ini berlaku kerana konsert untuk tahun ini bakal mendapat kerjasama daripada sebuah badan kerajaan.

"Apabila sudah melibatkan badan ini, pelbagai proses perlu kami lalui sebelum keputusan mengenai tarikh konsert itu diputuskan," katanya.

Edrie turut diminta mengulas mengenai penglibatan badan itu dalam konsert yang bakal menampilkan 12 kumpulan pemuzik ini.

Katanya selaku penganjur, pihaknya telah ditawarkan oleh badan untuk menaja Konsert Radio Rosak tahun ini kerana mempunyai objektif yang sama.

Tambah Edrie, badan itu berminat dengan penganjuran konsert seumpama itu memandangkan ia satu aktiviti hiburan yang bersesuaian untuk golongan muda.

Konsert Radio Rosak bukan sahaja dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam dunia muzik, malah ia adalah platform yang baik untuk menarik lebih ramai golongan anak muda dalam aktiviti hiburan yang bermanfaat.

"Mereka berminat dengan konsert ini kerana konsert sebegini adalah platform terbaik untuk memancing anak muda untuk terlibat dalam program belia yang sihat dan bermanfaat seperti ini.

"Apa yang pasti, skala konsert tahun ini akan menjadi lebih besar dan meriah daripada penganjuran sebelumnya.

"Insya'Allah kami juga akan sediakan pelbagai gerai bagi memeriahkan acara ini. Matlamat kami adalah untuk jadikan Konsert Radio Rosak seperti sebuah karnival seperti Karnival Jom Heboh.

"Setakat ini, saya menjangkakan konsert tahun ini akan berlangsung sekitar Mac atau April ini, tapi kami belum dapat maklumkan tarikh sebenar, buat masa ini.

"Saya pasti akan buat sidang media tidak lama lagi untuk umumkan tarikh baru Konsert Radio Rosak.

"Pada saya, biarpun lambat sedikit dan terpaksa tunggu lebih lama, tidak mengapalah. Asalkan berbaloi di kemudian hari.

"Apa yang penting, kita ingin konsert ini terus berlanjutan untuk jangka masa panjang," ujar Edrie dengan penuh keyakinan.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan