Robbie Williams Tangguh Tiga Kali Perkahwinannya

Diterbitkan: Selasa, 9 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ROBBIE Williams sekali lagi menangguh perkahwinannya dengan Ayda Field selepas mendapati butiran mengenai perkahwinannya telah diketahui ramai.

Penyanyi itu pada mulanya merancang untuk berkahwin pada hari valentine lepas, tapi terpaksa dibatalkan.

Sehingga kini, dia telah dua kali membatalkan tarikh perkahwinannya.

Williams turut dikatakan sedang sibuk untuk mencari sumber yang mendedahkan mengenai perkahwinannya itu.

Robbie dan Ayda yang berhasrat untuk menjalani kehidupan berumah tangga terpaksa menangguhkan niatnya itu.

Menurut laporan akhbar, pada mulanya tarikh perkahwinan mereka adalah pada 14 Februari lepas, tetapi selepas Robbie mengetahui terdapat pihak yang mendedahkan mengenai perkahwinannya itu, dia menjadi marah.

Mereka berdua dilaporkan tidak mahu majlis perkahwinan yang besar dengan dihadiri pihak tertentu.

Namun selepas kejadian itu, mereka berdua dikatakan telah merancang untuk berkahwin secara tertutup yang akan diadakan di Los Angeles.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan