Erma Tak Percaya Selagi Belum Akad Depan Mata

Diterbitkan: Selasa, 9 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Erma fatimah, Umie Aida dan adik bungsunya, Betty Rahmad. Foto The Star Oleh MOHD SAHAR MISNI
Erma fatimah, Umie Aida dan adik bungsunya, Betty Rahmad. Foto The Star Oleh MOHD SAHAR MISNI

PELAKON dan pengarah, Erma Fatimah, turut menzahirkan rasa gembira dan bersyukur atas keputusan adiknya, Umie Aida untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini.

Dia juga terharu apabila Umie menetapkan tarikh pernikahan mereka iaitu 14 Mac sempana hari ulang tahun kelahirannya.

"Saya baru diberitahu semalam tentang tarikh pernikahannya dibuat pada tarikh lahir saya. Pada asalnya tarikh yang dirancang adalah 12 Mac.

"Mungkin dia pernah terdengar saya menyatakan hasrat untuk sambut hari lahir di Mekah. Sebelum ini saya hanya sambut hari lahir kawan saya di sana.

"Baguslah, kami boleh adakan sekali majlis kenduri bersama-sama," ujarnya yang turut mengikut rombongan pernikahan Umie pada Khamis ini.

Pengarah teater Antara ini mengakui masih lagi tidak mempercayai bahawa adiknya itu bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.

"Saya selalu panggil dia anak dara tua. Saya selalu cakap dengan dia yang saya tak percaya dia akan kahwin selagi tidak akad nikah dihadapan mata saya," katanya ketika ditemui pada Majlis Malam Berinai di kediaman Umie Aida di Mont Kiara, malam tadi.

Dalam pada itu juga, Erma memberi nasihat kepada Umie agar menyambut lelaki yang bakal dikahwininya itu sepenuh hati seperti mana majlis-majlis yang diadakan.

"Umie harus bersyukur dengan apa yang dia dapat. Dia melalui saat yang paling hebat sebagai seorang pelakon. Majlis-majlis yang dibuat ini sangat meriah dan saya mahu dia terima suaminya nanti seperti ini juga.

"Dia harus tinggalkan perangai dan sikap lamanya seperti seorang bujang dan hidup bertoleransi sebagai suami isteri.

"Satu sahaja harapan saya agar perkahwinannya kekal sehingga ke akhir hayat," katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan