Ratusan Penonton 'Gigit Jari' Terhadap Persembahan Glenn Fredly

Diterbitkan: Isnin, 8 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RATUSAN pengunjung Java Jazz Fetival terpaksa gigit jari kerana tidak dibenarkan masuk ke kawasan persembahan Diane Warren dan Glenn Fredly.

Persembahan Diane Warren dan Glenn Fredly di hari kedua festival Java Jazz 2010, diserbu ribuan pengunjung. Disebabkan terlalu ramai yang ingin menonton, ratusan daripadanya tidak dibenarkan memasuki kawasan konsert.

Persembahan tersebut terpaksa ditunda beberapa ketika dan dimulai sejam lewat daripada yang diaturkan.

Ratusan penonton tidak dapat masuk dan menyaksikan pencipta lagu 'Unbreak My Heart' dari luar kawasan.

Pemeriksaan yang ketat menuju ke dewan persembahan membuatkan ramai penonton yang tersadai di luar.

Beberapa jeritan daripada penggunjung setelah menunggu lebih 30 minit, "Kita di sini bayar, kenapa kita tidak boleh masuk?". Dan akhirnya mereka dibenarkan masuk namun dengan cara berpusu-pusu. Akibat dari itu kebanyakan mereka hanya dapat menonton sekadar 30 minit sahaja.

Sementara itu, Ahli kumpulan Project Pop, Ujo dan Tika yang ingin menonton Diane terpaksa membatalkan niatnya. "Lets go to the Glenn," ujar Tika.

Selain Diane Warren, penampilan Glenn Fredly di hari kedua juga membuat ramai yang datang ingin untuk menontonnya sehingga kawasan tersebut dibanjiri penonton untuk sekian kalinya. Sementara ratusan orang lainnya berdesak-desakan mengantri di pintu masuk.

Namun begitu kekecewaan terubat apabila Glenn memberikan penampilan yang sangat menghibur pada malam itu.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan