Preity Zinta Tanggung 34 Orang Anak Angkatnya

Diterbitkan: Ahad, 7 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AKTRES jelita Bollywood Preity Zinta baru-baru ini mendpaat kejutan dari 34 orang anak angkat perempuannya di Mother Miracle School di Hrishikesh.

Kesemua anak-anak angkat Preity telah menyambut hari lahir aktres itu.

Walaupun mereka terlambat menyambut hari jadi Preity tetapi kanak-kanak itu begitu teruja dengan kehadiran ibu angkat mereka.

Malah, satu sumber memberitahu Preity begitu terharu dan emosi bila melhat kesungguhan 'anak-anaknya' menyediakan kesemua kejutan untuknya.

"Dia tersenyum, ketawa dan berlawak dengan kesemua anak-anak angkat. Mereka kelihatan sungguh gembira bersama Preity," kata sumber itu.

Sebagai ibu angkat, Preity Zinta bertanggung jawab menjaga kebajikan anak-anaknya termasuk menanggung pelajaran, pakaian, makanan dan tempat tinggal untuk 34 orang anak-anak ini.

Preity akan meluangkan masa untuk bersama anak-anaknya.

"Setiap kali dia berkkunjung ke rumah anak-anaknya, dia tidak lupa membawa chokolat, pakaian, mainan dan macam-macam lagi.

"Ini adalah kali pertama dia menyambut hari jadinya bersama anak-anak angkatnya dan acara itu akan diingatinya smapai bila-bila," kata sumber itu.

Bagi Preity pula, apa yang dirasakan adalah satu peraaan yang menakjubkan. Saya akan cuba meluangkan masa berjumpa dengan mereka sekurang-kurangnya dua kali sethaun.

"Mereka adalah anak-anak saya dan tanggung jawab saya sekarang," kata aktres jelita yang banyak membintangi filem hit Bollywood seperti Veer Zaara.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan