Desperate Housewives Tidak Pernah Menghampakan

Diterbitkan: Ahad, 7 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tirai drama bersiri Desperate Housewives ini dibuka dengan kisah Mary Alice Young yang membunuh diri meninggalkan keluarga, rumah, kawan-kawan dan juga rahsianya yang masih menjadi tanda tanya
Tirai drama bersiri Desperate Housewives ini dibuka dengan kisah Mary Alice Young yang membunuh diri meninggalkan keluarga, rumah, kawan-kawan dan juga rahsianya yang masih menjadi tanda tanya

DESPERATE Housewives tidak pernah menghampakan. Setiap episod yang dipaparkan penuh dengan misteri, drama, jenaka, kejutan dan keriangan yang telah menjadikan drama bersiri ini mendapat perhatian ramai penonton setiap kali musim baru ditayangkan.

Pembawakan watak yang berkesan oleh 5 pendukung watak utama yang menawan dan seksi juga merupakan faktor kejayaan drama ini.

Mereka sangat obses dengan kebendaan, kecantikan dan kadangkala sikap cuba melawan takdir ini membuatkan anda bermain dengan emosi ketika menontonnya. Drama ini memaparkan bahawa kehidupan wanita yang berumahtangga tidak semestinya sama dengan apa yang kita gambarkan selama ini.

Tirai drama bersiri Desperate Housewives ini dibuka dengan kisah Mary Alice Young yang membunuh diri meninggalkan keluarga, rumah, kawan-kawan dan juga rahsianya yang masih menjadi tanda tanya. Melalui kehidupan Mary masa lalu, beliau telah membawa kita semua merasai perjalanan suka duka kehidupan bersama keluarga, rakan-rakan dan juga jiran-jirannya.

Pada setiap musim, drama Desperate Housewives ini membawa kita lebih dekat lagi dengan kehidupan penduduk setempat di Wisteria Lane, sepertimana kita menyaksikan sendiri mereka berpisah, berkahwin, berduka, bergembira, kelahiran dan juga kematian.

Unsur romantik, tangisan, kemarahan akan menyusuri kehidupan di Wisteria Lane sebagaimana Mike Delfino yang berbelah bahagi dalam memilih antara bekas isterinya, Susan Mayer ataupun kekasihnya, Katherine Mayfair.

Percaturan hidup bagi Lynette dan Tom Scavo pula amat berbeza sekali dimana mereka perlu berhadapan dengan realiti kehidupan dan juga anak yang baru dikandungkannya lagi.

Sementara itu, Bree Hodge pula sedaya upaya cuba melepaskan diri dari suaminya, Orson dan juga dendamnya yang lama terpendam. Gabrielle Solis pula harus menjaga dua orang anaknya dan kesabarannya juga diuji dengan kehadiran anak saudara suaminya, Carlos yang kini menetap bersama mereka.

Wisteria Lane pada musim ini - Desperate Housewives musim ke-6 lini ebih meriah kerana sebuah keluarga baru akan berpindah ke situ, membawa sekali rahsia mereka yang misteri. Nampaknya Angie Bolen dan suaminya Nick telah berpindah di rumah yang sempurna dalam lingkungan jiran-jiran yang sempurna dan selesa.

Semuanya seperti dalam keadaan baik sahaja. Tetapi apabila anaknya yang kurang upaya, Danny menimbulkan sedikit kekacauan, mereka takut akan menanggung malu apabila rahsia mereka terbongkar

Dari sudut pandangan dimensi ketiga, roh Mary Alice kini dapat melihat dan memahami keadaan sebenar keluarga dan rahsia di sebalik pintu rumah jiran-jirannya lebih mendalam lagi berbanding hayatnya semasa hidup.

Desperate Housewives musim ke-6 ini masih dibintangi oleh watak-watak utama yang ada kekuatan tersendiri seperti Teri Hatcher sebagai Susan Mayer, Felicity Huffman sebagai Lynette Scavo, Marcia Cross sebagai Bree Hodge, Eva Longoria Parker sebagai Gabrielle Solis dan Ricardo Antonio Chavira sebagai Carlos Solis.

Lain-lain pelakon ialah Doug Savant sebagai Tom Scavo, Kyle MacLachlan sebagai Orson Hodge, Dana Delany (Katherine Mayfair), Drea de Matteo (Angie Bolen), Maiara Walsh (Ana Solis), Brenda Strong (Mary Alice Young), James Denton (Mike Delfino) dan Andrea Bowen sebagai Julie Mayer.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama bersiri 23 episod, Desperate Housewives musim ke-6 ini bermula 23 Mac 2010, pada pukul 10.30 malam di saluran hip 8TV dan juga saluran Astro 708.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan