Peluang Naik Belon Udara Panas Bersama Linda Onn

Diterbitkan: Sabtu, 6 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Suria FM di Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya.
Suria FM di Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya.

SEMPENA Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya (PIHABF) di monumen Alaf Baru, Presint 2 pada 18 Mac-21 Mac ini, Suria FM akan mengadakan kuiz istimewa untuk pendengarnya.

Menariknya, pemanggil yang berjaya menjawab soalan kuiz dengan betul itu akan berpeluang menaiki belon udara panas tersebut bersama penyampai Linda Onn.

Kuiz yang akan bermula pada 12 Mac - 18 Mac ini akan diberikan melalui slot Breakfast@Suria, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 6 - 10 pagi yang dikendalikan oleh penyampai Halim Othman dan Zizi.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Suria FM, Roslinda Abdul Majid, atau lebih mesra dengan sapaan DJ Lin, satu soalan akan diberikan kepada setiap pemanggil dan kesemua soalan akan berkisar tentang fiesta belon udara panas dan Suria FM sahaja.

"Soalan itu nanti akan disampaikan terlebih dahulu sebelum kami menerima panggilan. Setiap pemanggil akan diberikan satu soalan sahaja," jelas DJ Lin.

Jelas penyampai permaha ini, setiap pemenang akan menerima dua buah tiket, mereka akan menaiki belon panas itu pada 19 Mac ini bermula pukul 8 - 11 pagi bersama Linda.

"Belon udara panas yang naik itu hanya jenis diikat dan akan naik dan turun sahaja," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Penampilan Linda pagi tersebut juga adalah secara eksklusif bersama pendengar yang bertuah seramai 10 orang. Dalam masa yang sama, Linda akan membuat lintas langsung dengan penyampai yang bertugas untuk segmen pagi.

Selain itu, DJ Lin turut memberitahu pada 20 Mac ini juga, Zizi dan Halim Othman akan turut serta menaiki belon panas yang terbang bebas dengan membuat lintas langsung semasa berada di udara.

Di samping itu, Suria FM juga akan membuka gerainya di tapak fiesta tersebut yang disertai penyampai-penyampainya untuk beramah mesra dengan pengunjung.

Menariknya, pada hari ketiga fiesta tersebut, Suria FM akan mengadakan showcase yang bermula pada pukul 4-6 petang. Artis yang bakal menjayakan persembahan itu terdiri daripada Azharina, Farawahida, Vince dan ramai lagi.

Suria FM yang turut serta menjayakan telah mengatur beberapa aktiviti menarik untuk pendengarnya.

Sebagai penghargaan kepada pendengarnya, radio itu akan mengadakan kuiz yang melayakkan pemenangnya untuk merasai pengalaman menaiki belon udara panas sempena fiesta tersebut.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan