A.R Rahman Pentaskan Konsert Bergerak Jun Ini

Diterbitkan: Sabtu, 6 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOMPOSER India yang sudah mencapai tahap antarabangsa A.R. Rahman khabarnya akan bekerjasama dengan Amy Tinkham, pengarah muzik terkenal yang pernah mengarahkan konsert live bersama Britney Spears dan Mariah Carey.

Kedua-dua mereka akan bekerjasama untuk memahatkan lagi nama Bollywood dan muzik India.

Konsert yang akan diberi nama,"The Jai Ho Concert: Journey Home World Tour ", akan menjadi satu pengalaman teater yang hebat dengan rangkuman teknologi baru, koreografi tarian hebat dan akrobatik.

"Persembahan itu juga akan memaparkan imej yang hebat di skrin LED dengan menampilkan pemuzik dan penari terbaik di dunia ini," kata jurucakap Rahman.

Konsert ini dijadualkan berlangsung pada bulan Jun di Nassau Coliseum New York. Antara lain, persembahan konsert ini akan memaparkan muzik yang pernah ditulis khas Rahman untuk mendiang Michael Jackson sebelum Raja Pop itu meninggal dunia.

Konsert yang akan diterbitkan oleh Deepak Gattani, dijadualkan akan dipentaskan di 20 bandar besar di seluruh dunia seperti The Forum Los Angeles, The Patriot Center Washington, American Airlines Arena Dallas, Texas dan Wembley Arena juga O2 Arena di London.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan