Akon Penyanyi Jemputan Filem Baru Shah Rukh

Diterbitkan: Sabtu, 6 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI terkenal Akon, 36, dan selebriti Bollywood terkenal Shah Rukh Khan khabarnya telah mengadakan perjumpaan di Los Angeles baru-baru ini.

Akon, dilaporkan akan menyampaikan sebuah lagu untuk filem terbaru Shah Rukh yang bertajuk "Ra.One" dan akan memegang watak sampingan untuk filem itu.

Filem superhero fiksyen sains itu akan diarah oleh Anubhav Sinha (Tum Bin) dan ditulis oleh David Benullo (Shadow Man), sinematografi oleh Ueli Steiger (The Maiden Heist), and musik oleh Vishal-Shekhar.

Selain Shah Rukh, filem ini akan dibintangi oleh Kareena Kapoor dan Vivek Oberoi.

Shah Rukh akan membawa watak jurutera perisian Miami, seorang hero video-game hero yang menjadi tekno-raksasa ciptaan sendiri bernama "Ra.One".

Penggambaran akan dilakukan di Miami (Florida, USA) dan isteri Shah Rukh, Gauri Khan (Billu) bertindak sebagai produser.

Ahli politik Indo-Amerika Rajan Zed, mengalu-alukan koloborasi filem antara Hollywood dan Bollywood ini berkata, "walaupun kita ingin mengikuti proses permodenan kita jangan lupa tentang muzik warisan India.

Akon yang juga pemenang anugerah Grammy dan mempunyai latar belakang dari negara Senegal dilahirkan sebagai Aliaune Badara Akon Thiam.

40 lagu-lagu Akon pernah menjuarai carta lagu-lagu "Billboard Hot 100".

Selain penyanyi Akon, penyanyi Hollywood lain yang dipilih sebagai suara latar filem Bollywood ialah Samantha Fox (Rock Dancer), Snoop Dogg (Singh is Kinng), dan Kylie Minogue (Blue).

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan