Sekadar Keluar Televisyen Belum Boleh Bergelar Pelakon - Adi Putra

Diterbitkan: Jumaat, 5 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Barisan pelakon teater Sri Mersing. Foto The Star Oleh DARRAN TAN
Barisan pelakon teater Sri Mersing. Foto The Star Oleh DARRAN TAN

TEATER yang di adaptasi dari Filem Sri Mersing kemudian dijadikan drama bersiri dan kali ini sekali lagi ia diangkat ke aras tertinggi iaitu bakal di pentaskan di Istana Budaya selama 10 hari.

Pelakon kacak, Adi Putra akan memainkan watak sebagai Damak dalam teater tersebut yang bakal di pentaskan bermula pada 12 hingga 21 haribulan ini.

Apa yang menarik ungkapan popular 'Kajang Pak Malau' seperti yang diungkap oleh seniman Allahyarham Nordin Ahmad dalam filem Seri Mersing pada 1960 bakal diungkapkan pula dalam versi Adi Putra.

"Saya memang minat dengan cerita klasik walaupun saya sudah sebati dengan watak dalam drama moden dan saya rasa sampai masanya saya mencuba bakat beraksi dalam cerita klasik pula. Bagi saya drama dan teater adalah dua cabang seni berbeza. Saya juga ditawarkan watak bukan calang-calang iaitu Damak yang pernah dilakonkan Nordin Ahmad sebelum ini.

"Secara peribadi, saya melihat naskhah ini sangat berat. Namun saya tidak takut dengan kemungkinan dibandingkan dengan Seniman Nordin Ahmad sebab saya akan bawa dengan cara saya sendiri," ujar Adi.

Ditanya tentang jangkaan tinggi masyarakat terhadap watak Damak, Adi memberitahu bahawa dia tidak takut dibandingkan malah menganggap perkara tersebut sebagai satu cabaran.

"Sebagai pelakon saya tidak takut untuk dibandingkan tapi saya takut tidak beri keyakinan kepada penonton yang datang.

"Saya takut mereka tak dapat impak dari cerita ini, tapi itulah cabaran bagi saya. Pada saya seseorang pelakon itu tidak boleh dipanggil pelakon jika hanya berlakon di kaca televisyen sahaja.

"Mereka tidak boleh mengelarkan diri mereka senang-senang sebagai pelakon jika tidak menguji lakonan mereka di pentas teater," jelasnya yang turut terlibat dalam filem Hanyut arahan U-Wei. Walaupun dimulai dengan kontroversi pelakon Fizz Fairuz perkara itu disifatkan sudah reda apabila Keno Productions telah menjelaskan situasi sebenar. Adi dipilih disebabkan perwatakan, kriteria dan raut wajah kemelayuan yang ada padanya selain mampu bersilat dan menyanyi.

"Saya juga akan menyanyi beberapa lagu dan berlawan. Bukan bersilat tapi silat 'koboi'," ujarnya sambil menunjukkan pergerakkan silat tersebut.

Menurut adi juga, dia bertuah kerana turut bergandingan dengan pelakon asal filem Sri Mersing iaitu Datuk Mustafa Ma'ruf dan Datin Rosnani Jamil.

"Saya bertuah kerana berlakon disamping Datuk Mustafa dan Mak Nani, secara tidak langsung mereka boleh membantu saya untuk menjiwai watak Damak pada zaman dulu. Maklumlah, mereka pelakon berpengalaman dan mempunyai ilmu yang banyak dalam bidang lakonan," ujar Adi

Adi turut bergandingan dengan Elly Mazlein sebagai pasangan kekasih, menurut Adi tiada masalah baginya untuk mencari keserasian kerana sudah beberapa kali bergandingan dengan aktres tersebut.

"Saya juga sering berlakon dengan Elly dalam drama dan mudah rasanya untuk mencari keserasian ketika digandingkan di pentas teater.

"Drama terbaru kami ialah Na O Mei. Namun begitu tidak ada babak romantik saya dengan Elly kerana Damak tidak sempat bercinta dengan Seri. Damak hanya menyimpan hasrat untuk bercinta dengan Seri tapi tidak kesampaian. Damak dan Seri juga tidak selalu bersama dalam teater ini," katanya.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan