Saya Dikenali Selepas Kontroversi 'Kahwin' - Damian

Diterbitkan: Jumaat, 5 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Damian Mikhail akui kini lebih tenang dan bahagia dengan kehidupannya sekarang.
Damian Mikhail akui kini lebih tenang dan bahagia dengan kehidupannya sekarang.

SETELAH dikejutkan dengan kisah kontroversi mengenai perkahwinannya pada November tahun lepas, nama Damian Mikhail Seet mula menjadi perhatian.

Malah sejak kejadian itu juga kehadiran jejaka berusia 32 itu mula disedari berbanding ketika dia menganggotai kumpulan VE.

"Ramai orang masih tidak kenal saya, tambahan pula sekarang saya sudah bergerak solo.

"Mengenai krisis perkahwinan saya dulu, hanya boleh saya katakan kini masih lagi dalam proses berbaik. Saya juga tidak mahu membesarkan perkara ini dan lebih baik mendiamkan diri dulu.

"Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa dalam kes ini, tapi saya tahu wujudnya individu ketiga yang menyebabkan banyak cerita yang tidak betul disampaikannya," kata Damian yang lebih tenang menghadapi masalah selepas memeluk agama Islam tahun lepas.

Walaupun sedar dia dianiya, Damian mengakui dia lebih tabah dan yakin untuk menghadapi setiap dugaan itu dan bersikap profesional.

"Saya kenal orang yang memburuk-burukkan saya itu kerana dia merupakan kawan saya sendiri.

"Dia sebenarnya sengaja menabur fitnah dengan menyampaikan cerita-cerita yang tidak betul untuk menjatuhkan nama saya.

"Lelaki tersebut cemburu dengan saya kerana dia sebenarnya turut menaruh hati dengan (perempuan itu) isteri saya sekarang. Dia cakap saya berhutang dan tidak bayar, semua orang boleh bercakap. Tapi kalau betul, kenapa dia tidak mengambil tindakan undang-undang.

"Selepas kejadian itu, dia seringkali lari daripada bertembung dengan saya. Saya rasa tidak perlu saya layan orang seperti itu, mungkin dia mempunyai masalah mental," ujarnya bergurau.

Bercerita mengenai hubungan perkahwinannya yang dibina dengan Nadia Dayana Mohd Yahya, 21. Damian yang masih berahsia mengakui dia kini bahagia dan sokongan daripada keluarga membuatkannya lebih kuat untuk menghadapi dugaan.

"Saya terharu dengan sokongan keluarga, mereka semua kenal siapa saya dan tahu saya di pihak yang benar.

"Kini saya hanya mendekatkan diri dengan Allah, saya mahukan ketenangan. Sebagai seorang muslim, tidak perlu rasanya untuk saya melatah hanya kerana perkara itu.

"Hubungan kedua-dua belah keluarga tidak ada masalah, saya tidak mahu bercerita kebaikan ataupun sebaliknya mengenai keluarga, " kata anak kelahiran Segamat, Johor itu.

Sementara itu, Damian kini dalam proses untuk menyiapkan album solonya yang masih belum berjudul.

"Sekarang saya sibuk dengan karier, selain menjadi aktivis untuk kempen "Cintai Muzik Malaysia".

"Saya rasa terpanggil untuk mempertahankan muzik tanah air supaya seiring dengan muzik dari luar supaya dapat membudayakan pendengar kita kepada lagu-lagu tempatan," katanya yang lebih menjurus kepada muzik berkonsepkan R&B kontemporari.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan