Rossa Tidak perlu Perhatian Lelaki

Diterbitkan: Jumaat, 5 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASCA bercerai dari Yoyo, pemain drum kumpulan Padi, pada 14 Julai 2009 lalu, hingga kini penyanyi Rossa masih sering dilihat bersendirian. Masih belum ada jejaka yang dilihat berani berdampingan dengan penyanyi jelita ini.

Salah satu sebab Rossa masih menyendiri kerana dia tidak terlalu inginkan perhatian dari seorang lelaki. Malah ketika Rossa sakit sebelum ini, dia tidak mempedulikan kehadiran seorang kekasih di sampingnya.

"Biarkan saya rasai sakit saya sendiri tidak perlu susahkan orang lain," ujarnya ketika ditemui di Hotel Mulia, Senayan, Jakarta Selatan.

Ibu yang mempunyai seorang anak itu merasakan bahawa keluarga dan temannya sudah mencurahkan perhatian secukupnya. Namun itu tidak berarti Rossa tidak mahu memiliki kekasih.

Jauh di sudut hatinya, Dia juga berharap jejaka idamannya segera datang menghampirinya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan