Noraniza ‘Bercinta’ Dengan Karier

Diterbitkan: Jumaat, 5 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Noraniza kini gigih melatih pelajarnya di Akademi Tatihseni. Foto The Star Oleh CHAN TAK KONG
Noraniza kini gigih melatih pelajarnya di Akademi Tatihseni. Foto The Star Oleh CHAN TAK KONG

SELEPAS cintanya terhadap lelaki direnggut buat kali kedua, hati Ratu Etnik Kreatif Noraniza Idris bagaikan sudah tertutup untuk bercinta dengan sang lelaki lagi.

Saat ditanya sama ada sudahkah hatinya kembali terisi, dia hanya membalas ringkas: “Tiada sesiapa kerana ruang bercinta tipis. Saya banyak bercinta dengan karier.”

Sejak dirinya lebih banyak menghabiskan masanya dengan karier, penyanyi itu akui kenalannya lebih ramai datang dari kalangan kliennya.

Baginya, jika pada suatu hari nanti dia menemui cinta, biarlah ia datang dengan sendiri.

“Kalau saya berjumpa dengan suami orang buat apa. Saya minta dijauhkan dan lebih baik saya menjaga kebajikan diri.

“Saya nak mencari orang yang ikhlas dengan saya. Tetapi bukan mudah untuk kita melihat semua itu kerana kita tak tahu sebab orang memandang kita,” beritahunya.

Disebabkan itu, penyanyi lagu Awallah Dondang itu tidak percaya untuk berkongsi perniagaan dengan orang lain.

Atas alasan itu, dia menubuhkan Akademi Tatihseni di bawah syarikatnya, Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd dengan modal sendiri yang dianggarkan berjumlah lebih ratusan ribu ringgit.

Dia mensasarkan akademi tersebut kepada beberapa peringkat generasi dari usia 5 hingga 25 tahun dan ke atas sebagai satu inisiatif kempen kasih sayang dan kesedaran peringkat akar umbi berteraskan kesenian Malaysia.

“Tatihseni ditubuhkan khas untuk orang yang tidak tahu tentang seni. Para peserta yang mendaftar sejak 1 Februari lalu boleh mengikuti kelas itu bermula 1 April depan di Kompleks C, PJS 11/2, Taman Bandar Sunway.

“Setiap hujung minggu peserta berpeluang menonjolkan bakat masing-masing pada konsert mingguan.

“Mereka akan mempersembahkan resolusi bengkel pada setiap hujung bulan dan markah akan dikira berdasarkan kreativiti dan inisiatif masing-masing.

“Selepas cukup tiga bulan, mereka akan diraikan dalam sebuah majlis konvokesyen. Selepas itu, kita akan membawa mereka menjelajah ke seluruh Malaysia,” ceritanya mengenai akademi itu.

Sebagai promosi, Noraniza menawarkan yuran pendaftaran secara percuma bagi pengambilan pertama ini. Pengambilan seterusnya, peserta dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM100.

Sementara yuran mengikut peringkat umur iaitu 5 hingga 8 tahun adalah RM180 sebulan, 9-13 tahun (RM220), 14-17 tahun (RM250), 18-25 tahu (RM280) dan 25 tahun ke atas (RM350).

Sebanyak empat subjek yang dibuka iaitu muzik, tarian, teater dan vokal di mana keempat-empat subjek itu diketuai oleh fasilitator masing-masing.

“Saya hanya akan turut serta dan mengajar semua peserta sekali dalam seminggu mengikut kelas masing-masing. Hanya dua kelas yang dibuka setiap dua jam dalam sehari.

“Setakat ini, akademi itu mendapat sambutan dikalangan ramai pelajar sekolah berusia 10 tahun ke atas. Saya mensasarkan 160 orang yang akan menyertai akademi itu mulai 1 April ini.

“Kalau boleh, saya mahu menyerap peserta-peserta ini untuk menjadikan pembelajaran yang diperolehi sebagai kerjaya profesional bergantung kepada keinginan masing-masing. Selain itu, kita juga boleh mengelakkan mereka daripada terlibat dengan gejala sosial,” katanya yang akan muncul dengan single kedua berjudul Kuasa Cinta (feat dengan Black Mentor).

Pada April depan, dia juga akan menerbitkan album terbarunya yang memuatkan lapan buah lagu yang berkonsepkan 1Malaysia.

Mulai 1 Jun ini, ibu kepada Mohd Alif Haikal, 21, dan Mohd Alfeq Haikal, 17, itu akan terlibat dengan projek ‘Masyur 1Malaysia’ sebagai langkah seterusnya dalam kempen kasih sayang dan kesedaran jati diri melalui kesenian.

Projek itu dijangka berlanjutan sehingga 2011. Dalam pada itu, mereka juga sedang berusaha untuk mendapatkan isteri kepada Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Norainee Abd Rahman sebagai penaung projek itu.

“Kami menganggap Puan Sri Norainee sebagai ikon kerana beliau bersifat mendidik,” tuturnya mengenai projek yang turut mendapat sokongan Kementerian Pelajaran Malaysia itu.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan