Konsert Amal "Kau Di Hatiku" Bakal Tampil Pelbagai Genre

Diterbitkan: Jumaat, 5 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Antara barisan artis yang bakal membuat persembahan pada malam amal
Antara barisan artis yang bakal membuat persembahan pada malam amal "Kau Di Hatiku" Foto The Star Oleh AZMAN GHANI

BERTEMAKAN "Kau Di Hatiku" penyanyi terkenal Adibah Noor dibawah syarikatnya, Adibah Noor Entertainment dengan kerjasama Berjaya Times Square Hotel bakal menganjurkan sebuah konsert dan malam gala pada 9 dan 10 April ini.

Membariskan beberapa artis ternama seperti dirinya sendiri, Zainal Abidin, Atilia, Amy Mastura dan Aizat akan berpadu tenaga memberi persembahan istimewa khas untuk dua malam konsert tersebut.

Menurut Adibah, tujuan konsert tidak lain adalah untuk membantu rakan-rakan artis dan golongan seni yang telah hilang upaya disebabkan oleh penyakit atau kemalangan. Di samping itu juga, sebahagian daripada kutipan ini akan disalurkan ke Tabung Bersamamu TV3.

"Saya rasa terpanggil untuk menganjurkan sebuah konsert amal ini sudah lama, sekarang adalah masa yang paling sesuai.

"Kalau kita lihat ramai artis-artis atau orang dalam industri hiburan memerlukan bantuan. Mereka tidak ada wang simpanan atau menderita sakit. Sebagai artis saya juga rasa bertanggungjawab untuk membantu mereka.

"Konsert ini diharap dapat meringankan beban yang dihadapi oleh golongan seni yang berdepan dengan kesusahan untuk bekerja disebabkan oleh masalah kesihatan ataupun keadaan keluarga yang tidak mengizinkan.

"Untuk itu, saya juga mempelawa beberapa artis untuk menjayakan konsert ini, antara artis utama itu ialah, Zainal Abidin, Atilia, Amy Mastura dan Aizat. Namun ramai lagi artis yang bakal menyertai kami.

"Buat masa ini beberapa nama yang telah bersetuju ialah Betty Banafi, Bob AF2, Nurul Wahab, Rashidi Ishak dan ramai lagi.

"Saya juga masih lagi mempelawa artis yang sudi untuk membuat persembahan pada dua malam itu nanti," ujar Adibah.

Selain itu, penerima sumbangan masih lagi dirahsiakan dan menurut Adibah pembahagian akan diberikan mengikut yang benar-benar memerlukan.

"Kami akan bekerjasama dengan Seniman untuk menyenaraikan nama artis yang patut dibantu, kami tidak hanya tertumpu pada golongan artis sahaja, malah orang-orang dari industri hiburan sendiri atau para wartawan," ujarnya.

Konsert pelbagai genre ini dijangka menarik lebih 100,000 penonton dari pelbagai golongan peminat.

"Pada awalnya saya ingin buat sehari sahaja tapi mendengar pendapat dari rakan-rakan dan peminat yang inginkan konsert yang lebih santai kami terpaksa buat selama dua hari," ujarnya.

"Persembahan pertama untuk majlis kutipan derma ini ialah Konsert Amal yang akan diadakan pada Jumaat, 9 April 2010. Tiket akan dijual pada orang ramai dengan harga RM50.

"Manakala Malam Gala pula dirancang pada 10 April dan tempat duduk akan dijual dengan harga RM300 ataupun RM2000 untuk semeja dan RM15,000 semeja juga disediakan," katanya yang menjanjikan pelbagai genre muzik dari pelbagai artis.

Apa yang lebih menarik, malam Gala ini turut diserikan dengan pertunjukan fesyen daripada pereka terkenal Calvin Thoo. Sebanyak 16 pasang baju rekaan terbarunya akan ditampilkan.

Sehubungan dengan itu juga, para penghibur yang terlibat akan melelong barangan koleksi peribadi mereka bagi memeriahkan lagi kutipan derma ini.

"Kami juga akan membuka gerai untuk melelong pakaian dan barangan peribadi sebagai menambah sedikit sebanyak lagi tabung sumbangan," jelasnya.

Setiap artis akan menyampaikan persembahan masing-masing selama 30 minit sebelum diakhiri dengan persembahan finale.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi publisis Konsert "Kau Di Hatiku", Samantha Schubert di talian 017-3021644.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan