Kesha Tak Suka Cara Britney Spears

Diterbitkan: Jumaat, 5 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENDATANG baru Kesha sudah berani memberi pendapatnya kepada artis lama. Dia dalam kenyataannya mengakui tidak suka kepada bintang-bintang dunia seperti Britney Spears.

Nama penyanyi berusia 23 tahun itu mula dikenali dengan single Tik Tok. Dia juga turut menyumbangkan lagu dalam track Britney yang berjudul Lace and Leather.

Meskipun pernah bekerjasama dengan Britney, Kesha mengaku tidak terkesan dengan penampilan Britney dalam promosi album Circusnya. Dia memberitahu bahawa Britney tidak menyanyi, tapi hanya menggerakkan bibirnya mengikuti muzik.

"Saya rasa itu hanya nyanyian kosong. Tidak adil bagi orang-orang yang datang dan melihat pertunjukan itu. Pada saya kalau kamu jadi seorang penyanyi, kamu harus menyanyi," kata Kesha seperti dipetik Daily Record. "Kalau kamu hendak jadi penari, kamu harus boleh menari. Kalau kamu ingin melakukan kedua-duanya, kamu harus menyanyi dengan betul-betul dan menari," jelasnya.

"Saya tidak akan melakukan itu kepada peminat. Saya tidak bermaksud untuk menyinggungnya (Britney). Saya pernah diminta untuk berbuat begitu tapi sya menolaknya," jelas Kesha tegas.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan