4 Pendengar Bertuah Menang 'Lagu Berduit' Suria FM - Berita Hiburan | mStar

4 Pendengar Bertuah Menang 'Lagu Berduit' Suria FM

Diterbitkan: Khamis, 4 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Peraduan
Peraduan "Lagu Berduit" di Suria FM bermula 1-28 Mac ini

EMPAT orang pendengar bertuah dipilih sebagai pemenang peraduan "Lagu Berduit" di Suria FM yang baru bermula 1 Mac 2010 baru-baru ini.

Setiap seorang pemenang ini berjaya memenangi RM250 setiap seorang.

Antara pemenang yang berjaya membawa pulang wang tunai tersebut ialah Nor Baizura Nordin, 26, dari Petaling Jaya Selangor, bekerja sebagai pembantu jualan. Idah Masliana Mazlan, 24, dari Kampung Setia Klang, pula merupakan seorang usahawanita.

Manakala dua orang lagi pemenang ialah Mohd Redzuan Nasir, 22, dari Kampung Pasir, Tampoi, Johor, seorang pemandu lori dan Mohd Razib Othman, 28, dari Perak merupakan seorang peniaga.

Minggu pertama peraduan "Lagu Berduit" bermula 1-5 Mac ini turut menawarkan wang tunai bernilai RM10,000 kepada pemenang.

Peraduan tersebut yang bakal berakhir pada 28 Mac ini telah memilih empat buah lagu sebagai "Lagu Berduit".

Penyanyi lagu tersebut juga akan ditemubual secara eksklusif oleh Halim Othman dan Zizi menerusi segmen 'Celebrity Room' setiap Khamis bermula pukul 7.30 pagi di Suria FM. Menurut Eksekutif Kanan Pehubungan Awam dan Media, Suria FM, Roslinda Abdul Majid, memberitahu Suria FM kini agresif mengatur strategi untuk meraih pendengar baru termasuk aktiviti "Suria FM Rancak Tour", yang bakal diadakan di Kluang Mall Johor pada 13 Mac ini pukul 3 petang.

Barisan artis yang turut serta menjayakan 'Suria FM Rancak Tour' itu terdiri daripada Bandi Amuk, Mila, Sofaz, Akim, Nas Adila dan Sabhi Saddi.

Menariknya, pengunjung yang datang menyaksikan acara itu berpeluang memenangi wang tunai sempena 'Kuiz Lagu Berduit Eksklusif' Suria FM.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan