Sheila Rusly, Rakan Kongsi Gagal Selesai Kes Di Luar Mahkamah

Diterbitkan: Rabu, 3 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CUBAAN kali kedua penerbit drama, pelakon dan pengacara Sheila Rusly supaya kes samannya terhadap bekas rakan kongsi perniagaan restorannya Datuk Azlina Che Abdullah diselesaikan di luar mahkamah gagal.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Lim Yee Lan yang mendengar kes itu, menetapkan tiga hari bermula 14 Julai bagi menyambung semula perbicaraan kes itu.

Perbicaraan akan diteruskan dengan memanggil saksi bagi plaintif sebelum Azlina yang dinamakan sebagai defendan memulakan keterangannya.

Pada 24 Jun 2006, mereka diperintahkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Dr Badariah Sahamid yang mendengar kes mereka pada waktu itu supaya menyelesaikan kes mereka di luar mahkamah tetapi mereka gagal berbuat demikian.

Sheila, 39, dan Azlina, 44, seorang ahli perniagaan, hadir ke mahkamah hari ini. Kedua-dua mereka masuk ke kamar hakim kira-kira 10 minit. Selepas mereka keluar, peguam A. Krishnakumar yang mewakili Sheila dan Azahir Nasir yang mewakili Azlina, masuk ke kamar hakim.

Selesai prosiding itu, Sheila memberitahu pemberita bahawa beliau dan Azlina gagal mencapai penyelesaian kes itu manakala Azlina pula berkata kedua-dua pihak bersetuju meneruskan kes itu dan menyambung semula perbicaraan.

Pada 21 Jan 2006, Sheila menyaman Azlina kerana melanggar perjanjian perkongsian lisan yang dibuat oleh Azlina berhubung Restoran Nasi Dagang House, yang menyajikan masakan dari Pantai Timur.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Sheila mendakwa pada sekitar bulan April 2005, beliau dan Azlina telah berbincang serta bersetuju untuk membuka sebuah perniagaan restoran dan restoran itu mula beroperasi pada 11 Julai 2005.

Dalam saman itu, Sheila menuntut semula modal sebanyak RM55,000 yang dimasukkannya ke dalam perniagaan perkongsian itu, keuntungan perniagaan itu dari tempoh 1 Sept hingga 30 Sept 2005, kehilangan keuntungan masa depan, ganti rugi am akibat pelanggaran kewajipan, ganti rugi teladan, ganti rugi teruk dan kos lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Mengikut perjanjian perkongsian lisan, Sheila mendakwa beliau dikehendaki mempromosikan perniagaan restoran itu melalui rancangan televisyen dan kalangan kenalan artis serta orang ramai, manakala Azlina bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penyediaan resepi dan masakan utama restoran itu.

Pada 30 Sept 2005, Sheila, yang pergi ke restoran itu mendapati restoran berkenaan telah ditutup dan pada 2 Okt 2005, beliau mendapati sebuah restoran lain yang diberi nama restoran Nasi Dagang Ulik Mayang dibuka di premis bersebelahan dengan restorannya.

Azlina dalam pernyataan pembelaannya mendakwa kegagalan restoran itu antara lain disebabkan kegagalan Sheila menjalankan tanggungjawabnya sebagai rakan kongsi dan kegagalan Sheila untuk meneruskan operasi restoran itu semasa gilirannya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan