Sheera Enggan Diperlekeh Lagi

Diterbitkan: Rabu, 3 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sheera semakin yakin berhadapan dengan orang ramai. - Foto The Star
Sheera semakin yakin berhadapan dengan orang ramai. - Foto The Star

MUKA menggerutu pernah digelarkan kepadanya suatu ketika dahulu di kala usianya baru meningkat remaja.

Sheera Iskandar, 25, akui ramai yang memperlekeh dirinya kerana wajahnya itu. Namun kini, anak perempuan aktres veteran Aznah Hamid itu nekad enggan diperlekeh lagi.

“Ramai orang sekarang sudah pandai mengkritik. Saya memang nak cantik dan kalau boleh tak nak dengar orang kutuk-kutuk saya lagi dalam Internet.

“Dulu saya tak fikir tentang kecantikan kerana saya lebih suka bergaya selekeh dan ringkas. Muka saya pula jenis yang tak tahan lama dengan alat mekap kerana jerawat pasti cepat tumbuh. Tetapi lama-kelamaan saya rasa risau juga,” beritahunya kepada mStar Online.

Pelakon popular menerusi drama bersiri Halimah Jongang itu akui semakin umurnya meningkat naik, jerawat mulai berkurangan dan dia sudah yakin untuk berhadapan dengan orang ramai.

Seawal penglibatannya dalam industri seni ini, pemilik nama Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar itu banyak bergantung kepada sokongan ibunya.

“Dulu, saya berasa stres semasa ibu saya selalu menegur lakonan saya tetapi sekarang dah ‘ok’. Saya juga rasa bertuah kerana mempunyai ibu yang ‘sporting’ sepertinya.

“Tetapi dia sangat mengambil berat tentang bab disiplin. Dia selalu mengingatkan saya untuk bangun awal apabila ada penggambaran,” jelasnya yang bercita-cita untuk bergelar seorang penerbit pada suatu hari nanti.

Mendengar nada suaranya yang bersungguh-sungguh menceburi bidang ini demi sesuap nasi, jelas menunjukkan dirinya merupakan seorang yang bekerja keras.

Anak sulung daripada tiga beradik itu menggunakan tulang empat keratnya untuk menanggung dirinya dan keluarga setelah ibu dan ayahnya berpisah.

“Insya-Allah, saya nak menjadi seorang produser pada suatu hari nanti kerana tak mahu orang kenakan saya. Kalau ada peluang, saya nak sambung belajar dalam jurusan perniagaan tetapi saya mahu menunggu kewangan stabil dahulu. Mungkin saya akan belajar secara separuh masa.

“Walaupun saya masih berhubung dengan bapa, tetapi saya dan adik-beradik yang lain tidak pernah bergantung harap dengannya dan lebih suka berdikari.

“Setakat ini, saya tak merasa tanggungjawab ini sebagai beban namun lakonan memberikan nikmat yang tersendiri. Saya tetap mahu teruskan bidang lakonan ini sampai bila-bila kerana saya seronok bekerja sendiri.

“Semua duit yang saya dapat, saya akan berikan kepada ibu untuk simpanan tetapi kalau saya nak beli sesuatu saya akan meminta daripadanya,” tutur pelakon drama bersiri Gerak Khas yang sudah hampir setahun menggalas watak Inspektor Sheera itu.

Selain itu, Sheera juga pernah membintangi drama Sembilu Kasih, Si Capik, Janji Diana, Siong dan telefilem Gadis Melayu.

Anak kelahiran Kelantan itu mula berlakon sejak berusia empat tahun dan muncul di beberapa drama slot Spektra di RTM.

Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia kembali menyinari industri lakonan setelah ditawar berlakon filem Bicara Hati.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan