Pelakon Sri Mersing Dibekal Vitamin Untuk Stamina

Diterbitkan: Rabu, 3 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Barisan pelakon Sri Mersing dan pengarahnya. Foto The Star Oleh DARREN TAN
Barisan pelakon Sri Mersing dan pengarahnya. Foto The Star Oleh DARREN TAN

SETELAH filem ini mendapat sambutan box office sekitar tahun 60an, ia pernah dijadikan drama bersiri. Terbaru, buat julung kalinya karya Sri Mersing milik Allahyarham Salleh Ghani ini akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 12 hingga 21 Mac.

Karya istimewa ini dipentaskan kerana mempunyai nilai kemelayuan yang tinggi dari plot jalan cerita hingga ke penyampaiannya.

Anak Allahyarham, iaitu Megat Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Keno menerusi syarikatnya Keno Production mengambil peluang ini untuk menerbitkan sendiri teater Sri Mersing sebagai rasa tanggungjawab terhadap karya peninggalan ayahnya itu.

Menurut Keno, karya yang dipindahkan dalam bentuk teater, pastinya sedikit sebanyak ada perubahan, namun 70 peratus darinya masih lagi dikekalkan.

"Konsep di filem lain, di teater lain. Apabila dipentaskan ada yang perlu diubah untuk hidupkan jalan cerita.

"Jika di filem tidak perlu banyak pergerakkan seperti di teater. Kita perlu lebih banyak bergerak dan penyampaian yang betul-betul sesuai.

"Namun tak banyak yang kami ubah untuk sesuaikan dengan teater cuma 70 peratus sahaja, perubahan ini lebih kepada fiksyen dan dari sudut pandangan saya sendiri selepas melihat apa yang berlaku.

Kalau kita lihat, filem ini menceritakan kisah yang banyak kaitan dengan orang Melayu seperti fitnah, hasad dengki dan merajuk," katanya.

Pengarah teater ini, Rosden Suboh atau Kudin mengakui kelebihan teater ini bergantung kepada dialognya yang lebih bersifat kemelayuan Riau dengan laras bahasa yang bermadah pujangga.

Teater ini juga dibintangi pelakon hebat masa kini, antaranya ialah Ady Putra, Elly Mazlin, Melissa Saila, A.Galak, Rusdi Ramli, Leez Rosli, Mardiana Alwi, Yus Raja Lawak, Jep dan Shuaib Sepah dan Hairi dari program Anak Wayang.

Manakala dua pelakon veteran yang turut ditampilkan merupakan pelakon asal filem Sri Mersing iaitu Datuk Mustapha Maarof dan Datin Rosnani Jamil. Ia sebagai tanda penghormatan untuk membintangi teater ini.

Rosnani atau Mak Nani diberi watak Sri Mersing selepas 30 tahun Damak membawa diri dari Mersing manakala Mustapha bakal memainkan peranan Pak Sireh.

Mengulas pelakon yang bakal menjayakan teater ini, Rosden berkata, dia begitu berpuas hati dan menyifatkan mereka yang terpilih adalah yang terbaik.

"Setiap pelakon yang terpilih adalah melalui perbincangan bersama Keno. Dan setiap mereka menepati karakter dalam Sri Mersing. Pemilihan Ady Putra membawakan watak Damak bertepatan kerana dia bukan saja mampunyai wajah Melayu jati tetapi juga menepati kriteria kami iaitu boleh menyanyi dan bersilat.

"Begitu juga dengan Elly Mazlein. Watak Sri sangat sesuai dengan raut wajah dan karektor lemah lembutnya. Secara keseluruhan, kesemua pelakon yang terpilih mampu memberikan sepenuh komitmen dan berdisiplin seperti yang kami harapkan," jelasnya.

Ketika ditanya tentang pementasan yang agak panjang mengambil masa selama 10 hari dan kekuatan stamina pelakon-pelakon, Rosden berkata mereka telah sediakan vitamin secukupnya.

"Kami agak risau juga sebab teater ni agak lama. Kami takut pelakon-pelakon lama tidak cukup stamina. Namun langkah terbaik ialah sediakan payung sebelum hujan iaitu kami sudah sediakan pelakon penggantinya yang turut bersama-sama berlatih.

Tiket untuk teater di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Pahang ini sudah mula dijual 8 Februari lalu dan harga yang dikenakan adalah sebanyak RM150, RM120, RM80, RM50, RM30 dan RM20.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan