Gwyneth Bawa Watak Dietrich Wanita Biseksual

Diterbitkan: Rabu, 3 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AKTRES Gwyneth Paltrow baru saja membintangi filem Marlene Dietrich. Khabarnya, Gwyneth telah menandatangani kontrak sebagai bintang utama membawa peranan Marlene, seorang wanita biseksual.

Mengutip laman femalefirst, aktres The Iron Man ini siap membawa peranan Marlene dari cerita yang diangkat dari drama BBC. Marlene adalah seorang aktres keturunan Jerman yang meninggal dunia pada 1992.

Kehidupan peribadi Marlene akan diceritakan secara terperinci sebagai aktres hebat termasuk tentang kehidupan asmaranya selaku wanita biseksual yang kemudiannya berjuang untuk hidup kerana bergantung pada minuman dan ubat sepanjang kariernya.

Marlene pun juga digambarkan telah menikmati perhubungan cinta dengan bintang-bintang ternama seperti Frank Sinatra, Yul Brynner, dan John Wayne.

Sambil menunggu film itu beredar di Indonesia, sebentar lagi Gwyneth akan tampil di musim panas melalui Iron Man 2 bersama Robert Downey Jr, Scarlett Johansson, Don Cheadle, Mickey Rourke, dan Sam Rockwell.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan