Step Forward Kembali Dengan Hos Baru

Diterbitkan: Selasa, 2 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEINDAHAN pantai, kepelbagaian budaya, pemandangan mengagumkan dan makanan yang menyelerakan adalah antara pengalaman yang akan anda rasai, sebagaimana Step Forward kini kembali untuk musim ke-6.

Program bersiri ini telah mendapat sambutan hangat dengan mencapai rating penonton tertinggi sejak ia mula bersiaran di musim pertama.

Step Forward merupakan antara program majalah dokumentari berbahasa Cina yang dapat meraih penonton pelbagai bangsa lebih-lebih lagi bangsa Melayu.

Pada musim ke-6 ini, Step Forward berharap agar dapat menarik ramai lagi penonton kerana musim ini kami menjanjikan kandungan lebih menarik – dengan pelbagai lokasi berbeza, penemuan yang unik dan semestinya anda akan ditemani dengan hos yang baru!

Di musim terbaru ini Step Forward memaparkan konsep 1 Malaysia untuk mencapai satu tahap yang lebih tinggi lagi dalam sejarah penyiarannya, diiringi dengan hos baru berbangsa Melayu, Baki yang amat fasih berbahasa Mandarin dan penerbit Puan Mas Ayu yang juga merupakan wanita Melayu yang menjadi peneraju utama pelbagai program-program berbahasa Cina di 8TV.

Setiap minggu didalam Step Forward musim ke-6, penonton akan dapat menerokai cerita, sejarah, adat resam pelbagai budaya, pengalaman menyediakan makanan dengan cara yang unik, tradisi, keindahan hutan hijau tropika yang kami identifikasikannya sebagai Malaysia.

Selain mempunyai hos yang sentiasa bersemangat dan menghiburkan, Baki, anda juga akan ditemani dengan hos jemputan pada setiap minggu. Program dokumentari Mandarin ini akan disertakan dengan sarikata berbahasa Melayu yang akan bersiaran sebanyak 15 episod kesemuanya.

“Menonton Step Forward kadang-kala mengingatkan saya tentang betapa pentingnya menghargai sesuatu benda yang kecil dan mengenai perkara yang selalu dianggap mudah. Kita harus bersyukur dengan keindahan alam, keamanan, dan keharmonian negara kita.

"Banyak antara kita yang mengambil sikap sambil lewa tentang perkara tersebut. Musim ini, pastinya penonton akan menghargai dan mendalami keindahan penerokaan Malaysia dalam Step Forward musim ke-6,” kata Pengurus Besar 8TV, Cik Lam Swee Kim

Jangan lupa untuk menonton Step Forward Musim 6, setiap Sabtu, 9.30malam – 10.00malam di 8TV. Anda juga boleh menonton siaran 8TV menerusi saluran Astro708.

Kini, anda juga boleh menonton rancangan kegemaran anda menerusi telefon bimbit di mobile.8tv.com.my.

ABOUT 8TV 8TV is an interactive platform for audiences united by a common desire for authenticity and self-expression. It is a hot-bed of creativity featuring original, local and international entertainment wrapped in interactivity. 8TV began operations on January 8th 2004 and transmits free to the entire West Coast of Peninsular Malaysia and Kuantan on the UHF band. 8TV also transmits nationwide via Astro Channel 708. 8TV has chalked up impressive achievements within only its first year of operations, successfully producing the highly-rated Malaysian Idol™ series and also winning several Asian-level industry awards for creative excellence. Since its inception, 8TV has achieved many milestones in the broadcasting industry such as carrying the ‘live’ broadcast of the ‘Grammy Awards’ , winning the broadcast rights for ‘UEFA Euro 2004’, Formula 1 and A1 Grand Prix with sister company, TV3, as well as staging 2 successful seasons of the

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan