Naomi Campbell Kesal Kisah Silam Yang Liar

Diterbitkan: Selasa, 2 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUPERMODEL Naomi Campbell berkata dia menyesal dengan sikap silamnya yang liar dan sedang menuju proses dewasa kini.

Campbell pernah terlibat di dalam beberapa kejadian salah laku termasuk memukul polis dan mendera orang gajinya.

"Saya tak bangga dengan kesilapan yang pernah saya lakukan. Saya sedang berusaha untuk membetulkan kesilapan saya. Saya semakin dewasa dan saya ingin berubah," kata Campbell kepada laman mirror.co.uk.

Bintang terkenal berusia 39 tahun itu kini mendapat liputan luas kerana kerja amalnya menolong mangsa Haiti.

"Ramai orang ingat saya baru buat kerja-kerja amal begini. Sebenarnya, saya sudah mulakan sejak dari 1993 lagi.

"Nelson Mandela pernah beritahu saya,'gunakan apa yang and alakukan untuk tolong orang lain', katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan