Anak Marie Osmond Bunuh Diri Kerana Murung

Diterbitkan: Selasa, 2 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MICHAEL BLOSIL, anak lelaki penyanyi Marie Osmond bunuh diri dengan terjun dari bangunan di Los Angeles baru-baru ini.

Blosil terjun dari tingkap blok apartmentnya, menurut laporan News of the World.

Dia meninggalkan sebuah nota mengatakan kemurungan berpanjangan menyebabkan dia tidak ada kawan dan ingin menamatkan hayatnya.

Laporan Entertainment Tonight mencatatkan kematian pemuda berusia 18 tahun itu berlaku sekitar pukul 9 malam pada hari Jumaat.

Marie dilaporkan berkata, "Saya dan keluarga amat terkejut dengan kematian Blosil."

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan