Linda Membisu - Seniman

Diterbitkan: Isnin, 1 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEMELUT isu pelakon dan duta produk, Fahrin Ahmad dan penyampai radio, Linda Onn masih belum berkesudahan. Baru-baru ini Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) pula menawarkan diri untuk menjadi orang tengah menyelesaikan kes tersebut.

Namun menurut Presiden Seniman, Harun Salim Bachik, usaha untuk menyelasaikan masalah dua selebriti itu menemui jalan buntu apabila Linda tidak memberikan sebarang reaksi apabila dihubungi persatuan itu.

"Kami rasa terpanggil untuk berusaha menjernihkan atau menyelesaikan masalah selebriti ini dengan cara yang labih baik.

"Fahrin ada meminta nasihat dan pandangan dari Seniman dan sebagai organisasi yang membela nasib anak seni memang wajar seniman campur tangan untuk mengelakkan perkara yang buruk terjadi dikalangan artis.

"Menurut Harun lagi usaha untuk hubungi Linda tidak berhasil dan menyukarkan usaha Seniman dalam membantu permasalahan itu.

"Dua minggu lalu, kami telah bagi surat dan cuba hubungi Linda dengan pelbagai cara, namun sehingga sekarang masih tiada apa-apa respon dari dia. Saya rasa Linda sendiri tak mahu beri kerjasama.

"Jika bertepuk sebelah tangan tak menjadi juga, kami pun tak mahu seperti terhegeh-hegeh," ujarnya ketika ditemui pada Majlis Perlancaran Mingguan mStar, Khamis lalu.

Dalam pada itu, Harun turut menasihatkan artis-artis agar menghormati Seniman sebagai sebuah keluarga besar.

"Dua-dua adalah daripada kalangan selebriti, jadi Seniman rasa wajar untuk bantu mereka. Kami rasa masalah ini sedikit sebanyak di bawah tanggungjawab kami Seniman yang juga dianggap sebagai sebuah keluarga besar artis," katanya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan