Ahli Politik Inggeris Saksi Kemesraan Pattinson dan Stewart - Berita Hiburan | mStar

Ahli Politik Inggeris Saksi Kemesraan Pattinson dan Stewart

Diterbitkan: Isnin, 1 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEORANG anggota parlimen Ingeris yang bernama Nicolas Clark mengetahui kemesraan bintang Twilight iaitu Pattinson dan Stewart. Kebetulan ketika itu, Clark juga berada di pub yang sama dengan pemegang watak Edward Cullen dan Bella Swan tersebut kelmarin.

Ketika mengetahui ada pasangan selebriti sedang bermesraan di pub tersebut, Clark lantas menulis di Twitternya. Pada tweet pertama,dia hanya menulis "sedang berada di pub The Marquis of Granby bersama Pattinson dan Stewart".

Namun beberapa jam kemudian, dia kembali mengemaskini Twitternya. "Dari apa yang dilihat, mereka beberapa kali berciuman bibir," tulisnya. "R+K seperti sepasang kekasih," tambahnya lagi, seperti dipetik majalah People.

Kenyataan Clark itu seolah-olah menegaskan gosip yang selama ini tersebar adalah benar, meskipun pasangan tersebut enggan mengakuinya sehingga kini.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan