RTM Sasar Empat Juta Penonton Piala Dunia FIFA 2010

Diterbitkan: Ahad, 28 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sempena demam Piala Dunia FIFA 2010, RTM akan menganjurkan program Jerayawara Sorakan 1Malaysia 1 Dunia ke seluruh negara di sembilan lokasi bagi menyemarakkan lagi bahang kejohanan itu
Sempena demam Piala Dunia FIFA 2010, RTM akan menganjurkan program Jerayawara Sorakan 1Malaysia 1 Dunia ke seluruh negara di sembilan lokasi bagi menyemarakkan lagi bahang kejohanan itu

RADIO Televisyen Malaysia (RTM) mensasarkan empat juta penonton akan mengikuti setiap perlawanan bola sepak Piala Dunia FIFA 2010 yang bakal disiarkan menerusi TV1 dan TV2 sepanjang berlangsung kejohanan itu, yang akan bermula 11 Jun ini.

Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Ibrahim Yahaya berkata RTM akan menyiarkan 24 perlawanan secara langsung dan 11 lagi siaran tertunda menerusi TV1 dan TV2 sepanjang kejohanan itu nanti.

"Daripada 24 perlawanan siaran langsung, 20 akan disiarkan di TV1 dan empat lagi di TV2, manakala 11 siaran tertunda pula akan disiarkan di TV1," katanya pada sidang media selepas pelancaran Jerayawara (roadshow) Sorakan 1Malaysia 1Dunia: RTM Penyiar Berlesen Piala Dunia 2010 di Stadium Nasional, Kompleks Sukan Bukit Jalil di sini, hari ini.

Beliau berkata hampir semua perlawanan dijadualkan bermula selepas pukul 11 malam (waktu tempatan) dan ia tidak akan menjejaskan siaran waktu prima di TV1 dan TV2 kecuali beberapa perlawanan peringkat awal yang bermula pada pukul 7.30 malam.

Menurutnya sempena demam Piala Dunia FIFA 2010, RTM akan menganjurkan program Jerayawara Sorakan 1Malaysia 1 Dunia ke seluruh negara di sembilan lokasi bagi menyemarakkan lagi bahang kejohanan itu.

Ibrahim berkata menerusi pendekatan itu, peminat sukan bola sepak dapat mengetahui lebih dekat peranan RTM dalam membuat liputan sepanjang berlangsung Piala Dunia FIFA 2010.

"Perlawanan Piala Dunia FIFA ini juga diharap dapat membantu usaha merapatkan hubungan semua kaum ddalam negara," katanya.

Pelbagai program disusun sepanjang pameran dan promosi Piala Dunia FIFA 2010 itu, antaranya ialah pertandingan timbang bola, kuiz FIFA, perlawanan mini futsal antara selebriti RTM dengan artis, persembahan artis popular tanah air dan persembahan indie band.

Lokasi pertama program jerayawara bermula hari ini hingga esok di perkarangan Stadium Nasional Kompleks Sukan Bukit Jalil disusuli lapan lokasi seterusnya iaitu di Jusco Seremban (13-14 Mac), Plaza Angsana, Johor Bahru (27-28 Mac), Gurney Plaza, Pulau Pinang (10-11 April), Green Town Mall, Ipoh (24-25 April) KB Mall, Kota Bahru (1-2 Mei), East Cost Mall, Kuantan (15-16 Mei), Spring Hill, Kuching (29-30 Mei) dan One Utama, Damansara (5-6 Jun).

Sebagai rekod, RTM menjadi penyiar utama Kejohanan Piala Dunia pada tahun 1974, 1978, 1986, 1990, 1994, 1998, 2002, dan 2006. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan