Anak Lelaki Remaja Marie Osmond Mati Dipercayai Bunuh Diri

Diterbitkan: Ahad, 28 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Keluarga Osmond tidak menyatakan sebab-sebab Michael meninggal dunia (Marie Osmond)
Keluarga Osmond tidak menyatakan sebab-sebab Michael meninggal dunia (Marie Osmond)

LOS ANGELES: Anak lelaki remaja Marie Osmond, Michael Blosil, 18, diisytiharkan meninggal dunia, demikian menurut satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan oleh keluarga penghibur terkenal Amerika itu hari ini.

Marie dan abangnya Donny Osmond sangat popular di tahun-tahun 1970an menerusi rancangan hiburan mereka sendiri yang dinamakan "Donny and Marie Show" dan menjadi sangat popular serta kegilaan remaja termasuklah di Malaysia.

Pihak keluarga Osmond tidak menyatakan sebab-sebab Michael meninggal dunia tetapi menurut Entertainment Tonight, dalam laman webnya, Michael membunuh diri dengan terjun daripada sebuah apartmen di pinggir bandar ini malam Jumaat lalu.

Laman web itu memetik pegawai polis Los Angeles Gregory Baek sebagai berkata, identiti mangsa tidak dikenalpasti sehinggalah Sabtu lalu.

Michael Blosil khabarnya telah meninggalkan sekeping nota yang merujuk kegagalannya untuk mengatasi kemurungan untuk sekian lama.

Pada tahun 2007, Marie Osmond mengeluarkan kenyataan yang menyebut, Michael sedang menjalani terapi rehabilitasi di sebuah pusat yang tidak dinamakan.

Michael adalah merupakan salah seorang daripada lima anak angkat Marie Osmond. Marie juga turut mempunyai tiga lagi anak menerusi dua perkahwinannya yang terdahulu.

Marie bercerai dengan Brian Blosil pada tahun 2007 selepas dua dekad bersama. Dia dan suami pertamanya Stephen Craig bercerai pada tahun 1985.

Marie Osmond memperolehi kemasyuran pada usia 13 tahun dengan lagu hitnya Paper Roses.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan