Sering Ditipu, Kamal Fobia Terima Tawaran Filem

Diterbitkan: Jumaat, 26 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kamal Adli fobia untuk berlakon filem kerana sering ditipu beberapa produksi sebelum ini. - Foto The Star oleh AZLINA ABDULLAH
Kamal Adli fobia untuk berlakon filem kerana sering ditipu beberapa produksi sebelum ini. - Foto The Star oleh AZLINA ABDULLAH

BUKAN mudah bagi pendatang baru untuk berjuang dalam dunia lakonan tanah air. Pelbagai rintangan, penindasan dan penipuan harus ditelan oleh segelintir muka baru untuk mengukuhkan nama sebagai pelakon yang disegani.

Aktor muda Kamal Adli, 24, juga tidak terkecuali daripada helah dan tipu daya beberapa produksi filem. Bukannya Kamal ingin membesar-besarkan hal, jauh sekali untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak.

Cuma, kata anak kelahiran Pekan, Pahang ini, pengalamannya diperdaya dan ditabur janji-janji kosong oleh produksi filem beberapa kali sebelum ini, sedikit sebanyak menimbulkan perasaan fobia dan berat hati untuk menerima tawaran filem.

Katanya, kebanyakan daripada tawaran filem sebelum ini sekadar janji-janji kosong. Malah, ada juga beberapa tawaran filem yang terus senyap begitu sahaja kerana projek itu terbengkalai dan dibatalkan.

"Bukannya saya serik atau tidak mahu menerima tawaran filem di masa akan datang, cuma pengalaman ditipu beberapa kali sebelum ini membuatkan saya fobia dan berat hati untuk menerima tawaran filem.

"Jujurnya, saya kecewa apabila diperlakukan sedemikian. Mentang-mentanglah saya ini orang baru dan tiada nama, sedih juga apabila diperdayakan macam itu.

"Contohnya, untuk satu tawaran filem seram sebelum ini, saya telah diminta oleh sebuah produksi mengunci jadual kerja untuk penggambaran filem itu, tetapi tunggu punya tunggu, tiba-tiba watak itu diberikan kepada pelakon lain.

"Mereka langsung tidak maklumkan sebarang perkembangan kepada saya. Lebih ralat lagi, cerita itu pun saya perolehi daripada seorang teman dan bukannya daripada pihak produksi itu sendiri.

"Bukanlah saya marah pada produksi itu, cuma agak ralat dan kecewa apabila diperlakukan macam itu. Mungkin bukan rezeki saya untuk berlakon dalam filem itu. Sejak itu, saya semakin fobia untuk berlakon filem," katanya.

Tambah kekasih hati aktres Intan Ladyana ini, dia seperti sudah tidak kisah jika tidak dapat berlakon filem lagi. Pengalaman ditipu itu menjadikan Kamal lebih selesa untuk berlakon dalam drama-drama TV sahaja.

Bagaimanapun, dia tidak menolak peluang berlakon filem seandainya tawaran itu benar-benar jujur dan datangnya daripada produksi yang sangat dikenalinya dan pernah bekerjasama sebelum ini.

"Sebenarnya, saya sudah tidak kisah sangat dapat berlakon filem atau tidak. Malah, lebih senang jika berlakon drama TV saja. Sekurang-kurangnya saya tidak pernah ditipu lagi.

"Namun, itu tidak bermakna saya tidak mahu berlakon filem langsung, cuma perlu berhati-hati dalam menerima tawaran.

"Kalau tawaran itu datang daripada produksi yang saya sangat kenal atau pernah berlakon bersama, saya tidak ada masalah untuk terima.

"Contohnya, untuk filem akan datang, saya terima tawaran filem itu kerana Ahmad Idham. Saya banyak kali berlakon di bawah arahannya dan senang dengan sistem kerja produksinya. Jadi, saya terima tawaran itu dengan besar hati," katanya lagi.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan