Maya Karin Kecewa Dengan Krisis Rumah Tangganya

Diterbitkan: Jumaat, 26 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Maya sedang menghadapi saat getir berhadapan krisis rumah tangga.
Maya sedang menghadapi saat getir berhadapan krisis rumah tangga.

BARU sahaja ingin merasai kebahagiaan hidup berumah tangga, namun Maya Karin terpaksa redha dengan kemelut yang melanda mahligai yang dibinanya bersama insan tersayang, Steven David Shorthose atau Muhammad Ali Abdullah, 41.

Usia perkahwinannya yang baru sahaja hampir dua tahun itu membuatkan pelakon Pisau Cukur ini tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa dan sedihnya kerana terpaksa melalui saat-saat getir dalam hidupnya.

"Saya memang sedih, saya tidak pernah terfikir perkara tersebut boleh terjadi dalam hubungan kami.

"Saya dan suami sedang mengalami keretakan dalam rumah tangga kami," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Maya yang masih lagi merahsiakan punca keretakan hubungan dengan suaminya itu, turut menjelaskan tidak wujud langsung orang ketiga sebagai punca dalam masalah rumah tangganya.

"Saya tidak mahu komen lebih-lebih, tapi apa yang dapat saya katakan sekarang, tidak wujud langsung orang ketiga sebagai punca keretakan hubungan kami.

"Saya tidak salahkan suami atau diri sendiri, tapi saya sedar, ianya berpunca daripada kami berdua.

"Setiap orang melakukan kesilapan dan perkara itu juga tidak terlepas daripada kami.

"Tidak perlu saya jelaskan dengan lebih lanjut, biarlah kami berdua sahaja yang tahu perkara itu," kata pengacara baru, rancangan Nona itu.

Menjawab dakwaan Maya dikatakan tinggal berasingan dengan suaminya Muhammad Ali, aktres itu tetap menyembunyikan perkara itu.

Namun, Maya hanya memberitahu dia masih berhubung dengan suaminya dan mereka sedang berusaha untuk memperbaiki krisis yang melanda rumah tangganya.

"Saya tetap berhubung dengan suami, kami sedang berusaha untuk mencari jalan penyelesaian.

"Saya tidak mahu kata hubungan kami tidak dapat diselamatkan lagi, mungkin ini adalah sebahagian daripada rencah kehidupan yang terpaksa kami berdua lalui," ujarnya.

Pelakon filem Duyung ini turut memberitahu, semangat dan sokongan daripada keluarga membuatkan dia semakin kuat menghadapi dugaan tersebut.

"Keluarga saya memberi sokongan dan mereka adalah kekuatan saya untuk menghadapi masalah tersebut," kata Maya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan