Tiz Akui Tertekan Dengan Gosip

Diterbitkan: Khamis, 25 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tiz tertekan dengan dakwaan dia merokok dan berbau arak. Foto The Star Oleh AZMAN GHANI
Tiz tertekan dengan dakwaan dia merokok dan berbau arak. Foto The Star Oleh AZMAN GHANI

PELAKON jelita, Tiz Zaqyah yang dikenali melalui drama Nur Kasih sebagai watak Nur Amina sekali lagi dihimpit kontroversi merokok dan minum arak. Namun dia menafikan sekerasnya perkara tersebut.

Walaupun kelihatan tenang menghadapi gosip-gosip liar, Tiz mengakui bahawa dia sedikit tertekan dan kecewa. Bagi Tiz selagi tidak dibuktikan cerita tersebut, ia hanyalah fitnah semata-mata.

"Sebagai seorang manusia sudah tentulah saya ada hati dan perasaan, saya rasa tertekan akhir-akhir ni banyak cerita buruk tentang saya.

"Saya dilihat sebagai gadis yang liar dan nakal, orang seperti mencari silap saya. Apa yang saya boleh lakukan hanyalah bersabar dan tidak ambil peduli hal tersebut.

"Saya yakin jika perkara itu tidak benar lama-lama orang akan senyap, jadi saya hanya meneruskan hidup saya seperti biasa," ujarnya.

Menurut Tiz lagi keluarganya turut memberi sokongan moral dalam menghadapi segala kontroversi ini.

"Sejak keluar cerita-cerita fasal saya di akhbar, keluarga ada yang bertanya namun mereka semua tahu dan faham situasi saya.

"Mereka hanya beri kata-kata semangat dan sokongan kepada saya. Saya tahu hidup sebagai artis jadi saya tidak akan cepat melatah," ujarnya.

Dalam pada itu, dia tidak menafikan segelintir masyarakat yang mahu dirinya menjadi Nur Amina seperti di drama Nur Kasih ketika berada di luar, malah ada yang mahu dia terus membawakan watak-watak perempuan solehah.

"Saya tahu ramai di luar sana inginkan saya jadi Nur Amina, saya adalah diri saya. Dari sudut lakonan juga ada yang mahu saya terus pegang watak-watak sebegitu namun sebagai pelakon saya mahu cuba pelbagai watak," katanya yang sedang menjalani penggambaran untuk slot Samarinda Asmaradana terbitan TV3.

Ditanya sama ada lelaki yang sedang bertahta dihatinya adalah pasangan pelakon dalam drama Nur Kasih, Remy Ishak. Tiz menjawab mereka hanya berkawan dan tidak lebih dari itu.

"Saya dan Remy hanya kawan rapat, kami tiada apa-apa hubungan istimewa namun saya tidak nafikan saya sentiasa berhubung dengannya tapi sekadar kawan sahaja," katanya ringkas.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan