Hati Daphne Iking Terbuka Terima Cinta Baru

Diterbitkan: Khamis, 25 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Daphne ketika ditemui selepas mengacarakan sambutan ulang tahun ke-50 majalah Her World, Selasa lalu.
Daphne ketika ditemui selepas mengacarakan sambutan ulang tahun ke-50 majalah Her World, Selasa lalu.

BAGI model, pelakon dan pengacara popular Daphne Iking, kegagalan perkahwinannya adalah umpama suatu fasa pembelajaran kerana ia banyak mengajarnya tentang penyesalan dan kemaafan.

Yang pahit itu biarlah berlalu dan Daphne tegar meneruskan kehidupan seterusnya.

Perkahwinan mengajar pengacara jelita ini erti pahit manis kehidupan sebenarnya. Dia juga sudah boleh menerima menerima kenyataan mahligai hidup bersama bekas suami tercinta, Ryan Chong Yiing Yih telah berkecai dan temui titik noktah.

Pada masa yang sama, hos "The Breakfast Show" ntv7 ini tidak serik dan akan 'belajar' untuk bercinta lagi.

"Hidup ini begitu singkat. Jika saya jatuh cinta, saya benar-benar jatuh cinta. Saya tidka mungkin membandingkan dengan perhubungan terdahulu.

"Dan saya juga berharap perkara yang sama berlaku kepada Ryan atau sesiapa sahaja yang pernah dikecewakan atau berasa kecewa," kata Daphne ketika ditemui selepas mengacarakan sambutan ulang tahun ke-50 majalah Her World, Selasa lalu.

Menurut Daphne, hatinya terbuka untuk menerima cinta baru selepas menjalani kursus yoga retreat di Bali, Jakarta baru-baru ini.

Daphne berkursus selama lima hari bersama rakan baiknya, Aishah Sinclair, Atilia, Yasmin Hani dan Sazzy Falak, bergurukan Azmi dari BeYoga.

"Mereka semua adalah peminat yoga. Dan kami baru kembali daripada yoga retreat di Bali bersama pengajar yoga, Azmi.

Di pulau perlancongan yang indah permai itu, katanya, dia berkenalan dengan seorang wanita jelita bernama Ellie yang mengidap tumor otak.

"Ellie mempunyai masa yang amat singkat untuk hidup. Dia menjalani kehidupan hari ini bagaikan hari terakhir buatnya. Itu yang sepatutnya kita lakukan.

"Orang-orang yang tidak kenali di yoga retreat itu berkata kita patut menyayangi semua insan," katanya menahan sebak di dada.

Jelas Daphne yang merupakan pelakon watak Eva dalam filem Belukar lagi, kebanyakan orang hanya melihat keburukan serta kelemahan individu lain sehingga mereka gagal menghayati kasih sayang, kehidupan dan bakatnya.

Pada September ini, dia akan mengikuti satu lagi yoga retreat di Angkor Wat, Kemboja. Bagi model jelita ini, yoga bukan sahaja untuk membuat latihan tetapi mencantikkan badan.

Ia juga adalah satu panggilan untuk muhasabah diri tentang bagaimana kita menghadapi cabaran hidup setiap hari.

Mengenai ciri-ciri lelaki idamannya, Daphne berkata: "Ryan adalah pasangan yang secocok. Dia mempunyai kualiti yang boleh membuat saya jatuh cinta dan berkahwin dengannya.

"Jadi saya tidak melihat jauh dari situ. Secara idealnya, seorang lelaki perlu pandai menjaga diri dan keluarganya, taat, baik hati, menghormati wanita, bersifat memimpin, kepercayaan dan komunikasi."

Tambah Daphne, lelaki itu tidak perlu menjadi jutawan atau mempunyai pangkat tertentu.

"Apa yang penting dia sanggup menjadi bapa kepada anak kandung saya. Menjadi suami saya. Itu sudah memadai," katanya.

Daphne memberitahu, dia perlu berkawan dengan si dia terlebih dahulu kerana persahabatan adalah asas kepada perhubungan sejati.

Akhir tahun lalu, Daphne mengesahkan dia dan Ryan telah bercerai secara rasmi.

Ryan memfailkan saman peribadi di mahkamah mendakwa seorang ahli perniagaan memikat isterinya pada 2008.

Pada ketika perbicaraan mahkamah sedang berjalan, Daphne mengakui sedih dengan pihak tertentu yang menyebarkan fitnah menerusi laman dan emel tertentu.

Menurutnya, dia mengetahui perkara tersebut daripada kawan rapatnya.

"Ia bukan sesuatu yang anda ingin kongsi dengan sesiapa," katanya dengan nada penuh emosi dan enggan mengulas isi kandungannya.

Secara berfalsafah Daphne berkata, "Dalam masa 'paling gelap' seseorang itu, tidak mengira apa yang telah berlaku, siapa yang betul, siapa yang salah. Setiap individu berhak melakukan kesilapan kerana kita hanya manusia.

"Saya akan berbuat sesuatu terhadap perkara itu atas kemahuan diri saya sendiri kerana saya berasa ia tidak sepatutnya terjadi.

Daphne memberitahu dia telah berbincang dengan peguamnya dan akan menuruti arahan peguam saya untuk mengambil berat terhadap kepentingan dan reputasinya.

"Anda seorang wartawan. Saya seorang wartawan. Kita perlu sentiasa mengutamakan laporan beretika, tidak mengira betapa besar anda ingin menjual berita tersebut," ujarnya.

Memetik kata-kata peribahasa, "mata pena lebih tajam daripada pedang", Daphne berkata, apa yang ditulis perlulah berada pada landasan yang positif, untuk mendidik orang, serta memberikan pengetahuan.

Katanya, hasil tulisan perlulah untuk memulakan sesuatu yang baik atau melaporkan yang sebenarnya.

Ditanya bagaimana dia menggalas peranan sebagai ibu tunggal kini, Daphne berkata

"Ia okey. Saya berpendapat wanita adalah lebih tabah dan mereka akan tahu kekuatan mereka apabila ditolak, dimaki-hamun dan pergi dan balik daripada 'neraka'," ujarnya.

Sambil menafikan perceraiannya suatu pengalaman yang teruk dan bagai neraka, Daphne menyifatkannya suatu learning curve.

"Ia adalah berkisar kepada penyesalan, pemaaf, biarkan ia berlalu begitu dan meneruskan kehidupan selanjutnya," katanya.

Kata Daphe, seseorang itu perlu sentiasa bersedia gembira, positif, baik hati dan tidak judgmental.

Menyingkap perkembangan terkini dirinya, Daphne memberitahu, dia masih mengendalikan program The Breakfast Show dan Ladies Day Out, NTV7 setiap Jumaat 7.30 malam bersama Aishah Sinclair.

Selain itu, katanya, dia terlibat dalam penggambaran telemovie, "Sempurna" dan "Wira Waja" tidak lama lagi.

Daphne berharap dapat bekerjasama dengan rakan baik saya 'Celepets' yang terdiri daripada Sazzy Falak, Yasmin Hani, Atilia Haron, Dynas Mokhtar , Aishah Sinclair and Serena C untuk telemovie itu.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan