Anang Dedah 'Pasangan' Barunya - Berita Hiburan | mStar

Anang Dedah 'Pasangan' Barunya

Diterbitkan: Khamis, 25 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENDATANG baru Syahrini menjadi pilihan Anang Hermansyah untuk menjadi pasangan barunya. Bukan dalam kehidupan peribadi, setidak-tidaknya Syahrini merupakan perempuan kedua yang pernah berduet dengan bekas suami Krisdayanti ini.

Kedua-duanya dipersatukan dalam lagu baru Anang yang bertajuk Jangan Memilih Aku. Kenapa Anang memilih Syahrini? Anang mengakui terpikat dengan karakter suara Syahrini.

Proses pertemuan Anang dan Syahrini bermula ketika mereka sama-sama terlibat dalam sebuah majlis di Semarang dan sejak itu, Anang mengakui kehebatan suara penyanyi lagu Bohong itu.

"Lantunan suaranya bagus, saya memang terpikat dengan suaranya," ujar Anang.

Entah sampai bila kerjasama antara Anang dan Syahrini akan terjalin, kedua-duanya juga tidak mampu untuk memastikannya. Apa yang jelas duda beranak dua itu sudah selesa dengan Syahrini.

Ketika ditanya tentang sejauh mana hubungan tersebut, Anang mengakui masih lagi awal untuk membincangkan soal itu.

"Semua orang mencari pasangan yang setia," jelas Anang.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan