Shiela Rusly, Azlina Diperintah Hadir Proses Mediasi

Diterbitkan: Selasa, 23 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kes saman penerbit drama, pelakon dan pengacara Sheila Rusly terhadap bekas rakan kongsi perniagaan restorannya Datuk Azlina Che Abdullah berkemungkinan diselesaikan secara baik.

Sheila dan Azlina, seorang ahli perniagaan, hadir ke Mahkamah Tinggi hari ini selepas Hakim Datuk Lim Yee Lan memerintahkan mereka hadir bagi proses mediasi dan merekodkan terma-terma penyelesaian.

Kes itu ditetapkan untuk sebutan hari ini. Sheila, 39, dan Azlina, 44, yang saling berpegangan tangan, masuk ke dalam kamar hakim pada pukul 9.30 pagi, dan keluar dari bilik tersebut pada 10.45 pagi.

Bagaimanapun, hanya mereka berdua sahaja yang masuk ke kamar hakim, manakala peguam Norehan Atan yang mewakili Sheila dan peguam Mohd Firuz Jaffril serta Azahir Nasir yang mewakili Azlina, berada dalam bilik mahkamah.

Selepas pertemuan dengan hakim, Sheila ketika ditemui media, berkata kedua-dua pihak akan cuba menyeselaikan kes saman itu secara baik.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Sheila mendakwa pada sekitar bulan April 2005, beliau dan Azlina telah berbincang serta bersetuju untuk membuka sebuah perniagaan restoran dan restoran itu mula beroperasi pada 11 Julai 2004.

Dalam saman itu, beliau menuntut semula modal sebanyak RM55,000 yang dimasukkannya ke dalam perniagaan perkongsian itu, keuntungan perniagaan itu dari tempoh 1 Sept hingga 30 Sept 2005, kehilangan keuntungan masa depan, gantirugi am akibat pelanggaran kewajipan, gantirugi teladan, gantirugi teruk dan kos lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Mengikut perjanjian perkongsian lisan, Sheila mendakwa beliau dikehendaki mempromosikan perniagaan restoran itu melalui rancangan televisyen dan kalangan kenalan artis serta orang ramai, manakala Azlina bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penyediaan resepi dan masakan utama restoran itu.

Pada 30 Sept 2005, Sheila, yang pergi ke restoran itu mendapati restoran berkenaan telah ditutup dan pada 2 Okt 2005, beliau mendapati sebuah restoran lain yang diberi nama restoran Nasi Dagang Ulik Mayang dibuka di premis bersebelahan dengan restorannya.

Azlina dalam pernyataan pembelaannya mendakwa kegagalan restoran itu antara lain disebabkan kegagalan Sheila menjalankan tanggungjawabnya sebagai rakan kongsi dan kegagalan Sheila untuk meneruskan operasi restoran itu semasa gilirannya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan