"Saya Tidak Berniat Hina Janda" - Shidee

Diterbitkan: Isnin, 22 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Shidee tidak mahu isu menghina janda dibesar-besarkan.
Shidee tidak mahu isu menghina janda dibesar-besarkan.

"SAYA tidak berniat merendahkan maruah golongan janda," ujar Shidee ketika diminta mengulas tentang kenyataannya di program hiburan, Melodi, terbitan TV3 semalam di mana kenyataan berbaur kontroversi itu dijangka boleh menimbulkan kemarahan golongan janda.

Dalam program tersebut, Shidee mengeluarkan kenyataan sensitif yang boleh melukakan hati kaum janda. Shidee ketika diwawancara wartawan Melodi, cuba mempertahankan pendiriannya yang mengahwini isterinya Siti Fairunnisa Aziz dan bukan ibu mertuanya kerana "peminat dan keluarga akan marah kalau saya berkahwin dengan janda anak dua."

Ramai yang terkilan dengan cara Shidee memperlekehkan golongan janda sehingga tergamak berkata demikian.

Penyanyi yang popular era 80-an itu menjelaskan bahawa kenyataan tersebut hanya ditujukan kepada ibu mertuanya semata-mata dan tidak berniat untuk menjatuhkan martabat golongan janda yang lain.

"Saya berkata demikian kepada ibu mertua saya bukan kepada golongan janda di luar sana. Saya ingin memberitahu bahawa saya seorang bujang dan inginkan zuriat dan jika berkahwin dengan dia kemungkinan besar peluang untuk mendapatkan cahaya mata adalah sukar.

"Lagi pula saya ketika itu sedang beremosi dan tidak dapat menahan perasaan. Tapi demi Allah saya hanya tujukan kepada ibu mertua saya sahaja. Saya tidak nafikan hak golongan janda untuk berkahwin dengan orang bujang, itu hak mereka. Saya berkata bagi situasi saya sahaja," ujar jejaka berusia 51 tahun ini.

Menurut Shidee lagi, dia tidak mahu perkara ini disalah tafsir dan dibesar-besarkan sehingga menjadi isu.

"Saya juga tidak mahu perkara ini disalah tafsir oleh masyarakat dan menjadi kontroversi. Cukuplah isu pertelingkahan bersama ibu mertua saya mencetus kontroversi.

"Saya sudah jelaskan tujuan sebenar bahawa saya ingin mencari wanita yang belum berkahwin bukan dengan janda. Tidak terlintas untuk menguris perasaan golongan janda," ujarnya yang tidak mahu perkara ini dibesar-besarkan.

Ketika ditanya, adakah dia ingin meminta maaf atas kenyataan yang dibuatnya, Shidee berkata, dia masih berpegang dengan apa yang dikata.

"Seperti yang saya katakan, kenyataan itu ditujukan kepada ibu mertua saya saja...," jelas penyanyi yang pernah popular dengan lagu 'Sayang, Semuanya Sudah Terlambat'.

Dalam pada itu juga Shidee menafikan dakwaan ibu mertuanya Jamaliah Hassan bahawa dia seorang yang tidak bekerja, tiada rumah dan bergantung nasib kepada Jamaliah selama ini.

"Saya kesal dengan dakwaan dia (Jamaliah). Saya mempunyai sebuah rumah yang dibeli secara tunai di Bukit Beruntung bernilai RM60,000. Walaupun kecil tapi saya ada rumah untuk berteduh bukan seperti yang didakwa olehnya.

"Tuduhan-tuduhan lain yang mengatakan bahawa saya tidak berkerja dan kaki judi serta berhutang itu adalah fitnah semata-mata namun saya serahkan kepada Allah yang lebih mengetahui perkara itu," ujarnya yang kini tinggal di sebuah banglo milik abang angkatnya.

Shidee dan Siti Fairunnisa Aziz, 22, telah berkahwin pada 1 Febuari lalu di pejabat Agama Islam Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu dengan berwalikan bapa saudara Siti Fairunnisa.

Bagaimanapun perkahwinan tersebut tidak direstui oleh ibu Fairunnisa iaitu Jamaliah Hassan yang telah membuat tiga laporan polis sebelum pasangan berbeza usia 29 tahun itu dinikahkan.

Jamaliah didakwa turut memendam perasaan cinta terhadap Shidee.

Berbeza dengan sikapnya sebelum ini, dalam laporan akhbar semalam, Jamaliah berkata dia redha dan sedia menerima Shidee dan anaknya.

"Saya bukan ibu zalim, kalau mereka datang, saya akan terima sebagai menantu dan anak. Tiada niat untuk saya buang anak," jelas Jamaliah seperti yang dilaporkan di dalam akhbar semalam.

Jamaliah juga berkata, dia kini tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Shidee dan menganggap kisah cinta mereka sebagai cerita lama.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan