Pintu Kemaafan Sentiasa Terbuka - David Teo

Diterbitkan: Isnin, 22 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PIERRE Andre secara terbuka telah meluahkan hasratnya untuk berbaik semula dengan sifu filemnya, David Teo atas perselisihan faham yang berlaku kira-kira dua tahun lalu.

Malah, menerusi perbualan telefon dengan pengarah muda itu semalam, Pierre kedengaran begitu bersungguh-sungguh dan ikhlas dengan niat baiknya itu.

Sebagai susulan, produser yang juga bos besar Metrowealth itu dihubungi bagi mendapatkan pandangannya berhubung hasrat hati Pierre.

Kata David, sebagai individu yang bertanggungjawab mengetengahkan anak muda berusia 25 tahun itu dalam bidang perfileman, dia cukup terbuka untuk menerima bukan sahaja Pierre, malah sesiapa jua yang mempunyai niat baik terhadapnya.

"Memang dari dulu, saya dan Metrowealth memang sentiasa terbuka dan bersedia untuk menerima bukan sahaja Pierre malah sesiapa juga yang ingin datang kepada kami dengan niat baik.

"Dia pernah melakukan kesilapan dan jika dia benar-benar ingin berbaik semula, pintu kemaafan daripada saya sentiasa terbuka.

"Sebagai orang berpengalaman dan produser filem, saya bersedia untuk memaafkan sesiapa juga yang mengakui kesilapannya," kata David.

Walaupun tindakan drastik Pierre sebelum ini boleh disifatkan agak keterlaluan apabila meninggalkan produksi filem Jangan Tegur sebelum tugasannya tamat gara-gara perselisihan faham dengan pihak produksi, namun David punya pendapat sendiri berhubung perkara itu.

Bagi David, sebagai produser dan orang bisnes, dia tidak pernah menyimpan perasaan dendam atau serik untuk berbaik semula.

Katanya, apa juga yang berlaku adalah asam garam yang perlu dihadapinya dalam mendidik golongan anak muda ini untuk menjadi pengarah filem yang berjaya kelak.

"Itu adalah risiko yang saya perlu hadapi sebagai produser yang ingin melahirkan pengarah-pengarah filem muda.

"Biasalah mereka masih muda dan mudah bertindak mengikut perasaan. Tapi apabila perasaan marah sudah reda dan mereka menyedari kesilapan yang dilakukan, saya bersedia untuk memaafkan.

"Lagipun, sebagai produser saya memang bersedia dengan tiga perkara penting dalam melatih pengarah-pengarah pelapis ini.

"Pertama, saya sentiasa bersedia menghadapi apa juga masalah dan isu sebegini. Oleh kerana saya berurusan dengan anak-anak muda, perkara-perkara seperti cepat melenting dan 'darah muda' adalah perkara yang harus saya tangani dengan bijak.

"Kedua, saya perlu ada cukup pengalaman dalam menghadapi apa juga masalah yang berkaitan dengan pengarah-pengarah muda yang saya latih ini.

"Yang ketiga, saya perlu ada duit yang mencukupi untuk melatih mereka. Contohnya, kes Pierre dengan filem Jangan Tegur, sebagai produser saya perlu bersedia untuk ambil risiko daripada segi kewangan dan masa atas kesilapan yang mereka lakukan," ujarnya panjang lebar.

Mengulas lanjut, David berkata, dia tidak pernah berkecil hati atau terluka dengan apa juga kenyataan dan tindakan 'darah muda' yang dilakukan oleh aktor filem Jangan Pandang Belakang itu sebelum ini.

"Saya tak pernah berkecil hati atau terluka dengan apa juga yang pernah dilakukannya sebelum ini.

"Sebagai orang yang lebih berpengalaman dan boleh dianggap seperti bapa, sudah menjadi tanggungjawab saya untuk memaafkan kesalahan seorang anak.

"Apa yang penting, dia sedar dan akui kesilapannya. Jika dia benar-benar menyesal dan menginsafi keputusan yang dilakukannya dulu, itu sudah memadai bagi saya," katanya lagi.

Ketika ditanya, adakah dia bersedia untuk bekerjasama semula dan memberikan peluang untuk pengarah itu kembali berkarya di bawah bumbung Metrowealth di hari mendatang, David dengan selamba berkata, jika Pierre bersedia untuk bekerjasama, pihaknya tidak ada sebarang masalah untuk menerima semula Pierre.

"Saya memang tiada masalah untuk menerima Pierre untuk bekerja dengan kami sekiranya dia benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawabnya dengan projek-projek filem kami di masa akan datang.

"Apa pun, semuanya berbalik semula kepada kesediaan Pierre dan sejauh mana komitednya dia untuk kali ini sekiranya diberikan peluang itu," ujarnya lagi.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan