Leona Lewis Ingin Menyanyi Di Majlis Perkahwinan Simon Cowell - Berita Hiburan | mStar

Leona Lewis Ingin Menyanyi Di Majlis Perkahwinan Simon Cowell

Diterbitkan: Isnin, 22 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI British Leona Lewis berkata dia ingin menyanyi di majlis perkahwinan Simon Cowell, yang kini dilaporkan sedang berpacaran sedang dengan penggaya rambutnya, Mezhgan Hussainy.

"Saya pernah membuat persembahan di majlis harijadi Simon sebelum ini. Jadi, mungkin dia akan mempelawa saya untuk menyanyi di majlis perkahwinannya kelak.

"Saya tidak sabar untuk bersua dengannya sejak mendapat khabar Simon sedang bercinta dengan Mezhgan.

"Walaupun saya macam tak percaya dengan berita itu, tapi Mezhgan seorang wanita yang baik," demikian menurut kenyataan Lewis di akhbar The Mirror.

Kata penyanyi lagu Happy itu lagi, "Saya telah bertemu dengan Mezhgan beberapa kali di Los Angeles dan apa yang boleh dikatakan mereka adalah pasangan kekasih yang baik."

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan